Sokong Mat Rempit, pemimpin kita hilang akal?
Sebagai rakyat Malaysia, saya berasa amat malu terhadap pemimpin-pemimpin kita yang kian hari menjadi tidak berasas. Kerajaan kononya akan membanteras apa jua jenis jenayah supaya rakyat tidak berasa takut dan bimbang semasa berada di luar. Tetapi sekarang ini semua telah berubah kerana kerajaan sanggup membazir wang rakyat menolong penjenayah.
Exco Pemud Umno, Datuk Abdul Azeez yang kononnya mahu mengguna peruntukan rakan muda untuk membina litar muda khas untuk Mat Rempit adalah satu tindakan yang paling tidak berasas sama sekali. Saya berasa amat malu apabila membaca artikel berkenaan. Adakah kerajaan mahu mempromosikan gejala tidak sihat ini kepada semua anak muda di Malaysia dan seluruh dunia?
Sudah tentu ia akan menjadi bahan ketawa apabila cadangan ini ketahui seluruh dunia dan ini akan menunjukkan kerajaan tidak cekap atau berkebolehan mengatasi masalah lumba haram sehingga terpaksa tunduk kepada mereka khususnya Mat Rempit.
Banyak kelemahan yang dapat dilihat dari cadangan tersebut dan saya sebagai rakyat Malaysia berhak bertanya dan mengkritik cadangan tersebut.
- Adakah Kerajaan dapat memberi jaminan penuh bahawa Mat Rempit dapat dikurangkan?
Jikalau kerajaan benar-benar melaksanakan cadangan tersebut, maka kita lihat apakah akibatnya. Marilah kita sama-sama menanti apakah yang akan terjadi kelak.

