SURAT

Hindraf: Kerajaan tidak perlu melatah

Baki Minuddin

Diterbitkan
Dikemaskini 29 Jan 2008, 10:21 pagi

Tindakan kepimpinan Hindraf atau Hindu Force Action Front tidak menggunakan perkataan 'Indian' ternyata hendak mengasingkan suku bangsa lain dari India yang datang ke negara ini seperti Panjabi (Sikh), India Islam, Malayalam, Gujerati ataupun kaum Tamil dari Sri Lanka yang digelar Jaffna Tamils.

Untuk menyangkal dakwaan dasar diskriminasi oleh Hindraf ini, kita boleh ambil contoh kaum Panjabi dan India Islam yang memulakan penghidupan di sini lebih miskin daripada kaum Tamil yang dibawa oleh British ke negara ini.

Sampai sahaja, mereka sudah menikmati hak-hak istimewa lebih daripada orang Melayu, iaitu perumahan di estet-estet dan rumah-rumah jabatan Keretapi Tanah Melayu, Telekom dan Jabatan Kerjaya, siap dengan bekalan air dan elektrik, walhal di kampung kampung, orang Melayu kekurangan serba-serbi.

Kemudian kaum India ini keluar ke bandar-bandar dan menjadikan pekan-pekan ini 'Little India' mereka sendiri seperti di Sungai Siput, Rawang, Brickfields, Batu Caves, samalah juga seperti ribuan kampung baru (new villages) yang kemudian menjadi Chinatowns yang kini mempunyai nilai hartanah yang tinggi.

Orang Melayu apa yang ada, kampung-kampung Melayu yang kurang nilai hartanahnya dan sehingga ke hari ini pun, masih banyak kampung dan sekolah kebangsaan di luar bandar yang masih menunggu kemudahan kemudahan asas ini.

Sampai ke hari ini pun wang orang Melayu terus mengalir ke poket orang India - beli suratkhabar dan majalah, gunting rambut, hinggalah ke waktu hendak jual suratkhabar lama dan besi buruk.

Tetapi kaum Tamil masih ketinggalan berbanding dengan kaum Panjabi dan India Islam yang jauh lebih maju, begitu juga dengan kaum bumiputera di negara sendiri.

Adakah ini disebabkan kaum Panjabi dan India Muslim lebih rajin dan mempunyai etika hidup yang lebih mulia dan kaum Tamil mundur kerana masih terbabit dengan perkara-perkara yang memberi kesan buruk kepada ekonomi keluarga mereka?

Kerajaan tidak perlu melenting, tetapi perlu memikir dan melaksanakan dasar-dasar yang tidak dipandang serong oleh dunia luar. Kerajaan tidak perlu melatah dan tidak perlu langkah langkah kekerasan. Yang diperlukan hanya satu dana subsidi untuk mereka yang hendak pulang semula ke India atau berhijrah ke negara negara baru India seperti Mauritius, Fiji dan Guyana.

Selama inipun, ramai pesara kerajaan yang pulang ke India (Tamil Nadu) manakala anak-anak mereka ini berhijrah ke Amerika Syarikat, Britain, Australia dan negara-negara Eropah.

Ada pula ahli-ahli politik India dan orang kaya Tamil Malaysia membeli rumah besar-besar di sana, semata-mata kerana tabii manusia, iaitu hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, baik lagi di negeri sendiri.

Dengan kemajuan ekonomi India sekarang, pasti ramai yang hendak pulang. Jadi, satu tabung boleh diwujudkan bagi memberikan subsidi kepada sesiapa sahaja yang hendak balik ke India selama-lamanya.

Di tambah dengan pengeluaran simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan simpanan bank dan penjualan hartabenda mereka, tentu boleh hidup mewah di India.

Oleh kerana pihak bank memang mahukan kestabilan politik, maka setiap bank boleh menyumbangkan 5, 10 atau 20 juta kepada tabung ini.

Skim itu bukan perkara baru. Britain sendiri melaksanakan 'assisted passage' ini untuk membantu rakyat Jamaica yang hendak pulang ke negeri asal, setelah dibawa masuk bekerja di tahun-tahun 50-an tetapi lama kelamaan kecewa dan hendak pulang juga.

Amerika Syarikat sendiri melaksanakan skim, iaitu memilih satu kawasan di Afrika Barat untuk menempatkan rakyat kulit hitam yang hendak pulang semula yang sekarang menjadi negara Liberia. Teknologi pengenalan diri seperti menerusi anakmata yang dikatakan lebih tepat daripada cap jari, boleh digunakan supaya orang-orang ini tidak menipu dan cuba balik semula ke negara ini.

Tindakan Hindraf ini juga boleh dianggap sebagai sesuatu yang positif. Pertama, orang Melayu sendiri bolehlah memenuhi ruang-ruang yang selama ini secara muhibbah diberikan kepada kaum Tamil sama ada kawasan kediaman maupun peluang pekerjaan.

Mungkin, dengan cara itu, kita boleh meneruskan usaha menjadikan negara ini negara Islam yang moden dan dinamis seperti Arab Saudi, Dubai, Qatar, Kuwait, Bahrain dan Yemen yang pesat membangun.

Beri pendapat anda!

Jadi pelanggan Malaysiakini untuk menjadi pengulas berita. Anda dapat mengakses kandungan semua bahasa dan menulis komen di semua platform Malaysiakini.

Bersatu sokong media bebas.