Paling Popular
Terkini
mk-logo
Surat
SURAT | PM perlu tokoh berintegriti perkukuh agenda Madani

SURAT | Merujuk kenyataan Perdana Menteri Anwar Ibrahim (PMX) yang menyatakan kesediaan menerima cadangan untuk memperkukuh pentadbiran, saya secara peribadi melihat keperluan mendesak untuk memastikan pasukan kepimpinan negara diperkasakan dengan tokoh-tokoh yang benar-benar berkaliber, berintegriti dan mempunyai rekod perjuangan yang konsisten.

Sehubungan itu, saya berpandangan bahawa Ahmad Nizam Hamid antara pejuang reformis yang wajar dipertimbangkan untuk membantu memperkukuh pelaksanaan agenda Reformasi selain berpengalaman luas dalam dunia undang-undang.

Beliau merupakan seorang peguam berpengalaman, pejuang tegar reformasi sejak awal penubuhan parti, serta individu yang turut memainkan peranan penting di belakang tabir dalam memastikan terbentuknya Kerajaan Perpaduan yang memulihkan kestabilan politik negara.

Selain ketokohan dan komitmen beliau terhadap agenda reformasi, rekod integriti dan prinsip beliau jelas — kekal bersih tanpa dikaitkan dengan sebarang skandal atau rasuah. Ciri ini sangat penting bagi memulihkan keyakinan rakyat terhadap institusi kerajaan dan memastikan agenda perubahan dapat dilaksanakan tanpa kompromi.

Saya percaya dengan pengalaman, kepakaran undang-undang dan keteguhan moral yang beliau miliki dalam menyumbang secara signifikan kepada pentadbiran negara, sama ada sebagai anggota kabinet ataupun penasihat khususnya dalam memberi peluang kepadanya menyumbang dan bersama-sama dalam memastikan agenda yang dibawa Anwar Ibrahim.

Kita memerlukan kepimpinan yang cekap, bersih dan berani dalam menampilkan sosok seperti Ahmad Nizam Hamid dalam struktur pentadbiran akan memberikan nilai tambah kepada usaha PMX untuk membawa pembaharuan sebenar kepada negara.


ABDULLAH HAKIM merupakan peguam dan timbalan pengerusi.

Tulisan ini tidak semestinya mencerminkan pendirian Malaysiakini.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS