SURAT | Cabaran BN dalam kerjasama dengan PH
Sebagai parti komponen dalam BN, MCA menjunjung dan menghormati semangat serta prinsip penubuhan gabungan itu.
Kami tidak pernah mengkhianati rakan parti komponen, dan kami tidak akan menggadaikan integriti BN dengan bekerjasama dengan musuh lama yang secara konsisten melemahkan gabungan ini.
Pilihan raya negeri Sabah baru-baru ini memperjelaskan satu fakta: BN tidak mendapat semula kekuatan politik melalui kerjasama dengan Pakatan Harapan (PH).
Perkongsian ini mewujudkan cabaran besar di peringkat akar umbi, kerana sebarang persepsi negatif terhadap PH secara langsung menjejaskan kredibiliti dan usaha kempen BN.
Atas dasar menghormati hierarki parti yang betul, saya ingin menyatakan bahawa Puad Zarkashi bukan presiden BN.
Oleh itu, dia tidak berada dalam kedudukan untuk membuat keputusan atau mengeluarkan kenyataan bagi pihak Umno atau BN.
Tidak logik bagi Puad mencadangkan BN akan bekerjasama dengan PH sedangkan PH pada masa yang sama menurunkan calon menentang BN dalam kawasan pilihan raya yang sama.
Tindakan sedemikian menimbulkan persoalan asas: Adakah PH benar-benar membantu BN, atau adakah ia melemahkan kita?
CHRIS LEE ialah anggota jawatankuasa pusat MCA.
Tulisan ini diterjemahkan daripada versi dalam bahasa Inggeris. Ia tidak semestinya mencerminkan pendirian Malaysiakini.
/file/publisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97/2023/08/05c16879aaa37ca4f9debdb2a26eac19.jpg)
