Merujuk kepada artikel Aman Rais bertajuk [#1] Mahathir meracau lagi... [/#] (23 Mac), saya ingin bertanyakan penulis:

1) Bagaimanakah penulis tahu yang selama ini tiada sesiapa yang menuduh sekolah kebangsaan menjalankan kegiatan menukar agama atau bangsa pelajar bukan Islam dan bukan Melayu?

2) Bagaimanakah penulis tahu yang orang Cina, India, Sikh atau keturunan lain tidak mempersoalkan kredibiliti sekolah kebangsaan?

3) Bagaimanakah penulis tahu yang murid-murid yang menganut agama lain tidak dipaksa atau didorong atau secara 'coercion' untuk bersama dalam kelas agama?

4) Bagaimankah penulis tahu rakyat negara ini tidak bimbang tentang gejala itu? Namun penulis tahu yang kaum Melayu sendiri tidak mahu menghantar anak mereka ke sekolah yang diajar orang putih.

5) Bagaimanakah penulis mendapat membuat kesimpulan dalam artikelnya? Siapakah yang memberi maklum balas?

6) Apakah ukuran yang kamu mengunakan untuk membuat hujah-hujah ini?

7) Penulis tidak tahu apa yang difikir oleh kaum lain. Kalau penulis mengunakan surat khabar tempatan, statistik kerajaan serta prosiding Parlimen untuk membuat hujah tersebut, maka itu kesalahan yang tidak dapat dimaafkan.

Penulis harus turun ke padang dan cuba tanya dengan senyap-senyap atau tanya kawan bukan Melayu kamu, itupun kalaulah mereka menjawab dengan terus terang. Maklumlah keadaan sekarang tegang sedikit.