
19 orang termasuk ADUN PKR ditahan di Sarawak
Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Mohmad Salleh berkata seorang lelaki ditahan kerana memakai baju-T kuning yang bertulisan “Bersih” di Miri pada pukul 12 tengah hari.


Datuk Seri Najib Razak berkata beliau juga bersyukur kerana sebahagian besar rakyat tidak menyertai perhimpunan itu, membuktikan mereka tidak menyokong demonstrasi jalanan.

"Dia tak ada di Pudu. Di situ saja ada gas pemedih mata. Itu tidak benar," kata Ketua Polis Negara ketika ditanya sama ada Anwar tercedera.

dikemaskini
Menurut Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar, perkara itu disebabkan sekatan jalan raya yang dilakukan pihak polis begitu berkesan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Ku Chin Wah berkata kesemua tahanan akan dibebaskan malam ini.

Jawatankuasa pemandu BERSIH berkata gabungan itu bangga dengan “jumlah sebegitu ramai yang tidak diduga” yang mengambil bahagian.

BERSIH 2.0 menganggap perhimpunan hari ini satu kemenangan kepada pergerakan itu dan rakyat Malaysia, dengan mendakwa sehingga 50,000 orang telah menyertainya.

"Baginda bertitah boleh. Sebab itu saya sertai (perwakilan itu) bagi menyerahkan memorandum,” kata Datuk A Samad Said dalam satu sidang akhbar di Kuala Lumpur.

Ketika polis mengawal ketat Kuala Lumpur, rakyat Malaysia di seluruh dunia mengadakan perhimpunan masing-masing menyokong tuntutan BERSIH untuk pilihan raya yang bebas dan adil.

Di sebalik segala sekatan, puluhan ribu orang memberanikan diri turun ke jalanan. BERSIH 2.0 meletakkan jumlah yang keluar pada 50,000 orang.

Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Rais Yatim berkata penganjuran perhimpunan haram itu dirancang oleh pihak yang mempunyai agenda dan kepentingan sendiri.

Bernama hari ini menafikan penghantaran teks pesanan kononnya mengenai pembubaran Parlimen pada Isnin ini.

Antara jalan-jalan itu adalah, Lebuh Raya Seremban-Kuala Lumpur/Istana Baru, Jalan Sungai Besi/susur bulatan Sungai Besi dari arah Seremban dan Bulatan Sungai Besi.

Pasukan polis dijangka berdepan dengan Pemuda Umno dan gabungan BERSIH selepas kedua-duanya tetap bertekad untuk meneruskan perhimpunan masing-masing hari ini.

LANGSUNG
Beberapa perarakan berlaku dan mereka bergerak dari arah yang berbeza, manakala pihak polis bertindak dengan melepaskan tembakan gas pemedih mata.
[GALERI FOTO]

"Saya nak ke Stadium Merdeka esok (hari ini). Adalah caranya nak ke situ," kata Anwar pada program tazkirah perdana di Bandar Tun Razak malam semalam.

"Kita bukan hendak menghuru-harakan negara. Tiada siapa pun bawa senjata. Senjata kita cuma gigi dan lidah," seloroh Nasrudin Hassan.

Polis memperhebatkan gerakannya memburu penyokong BERSIH 2.0 dengan memeriksa beberapa hotel di sekitar Lembah Kelang, malam semalam.