Arkib - 1 Januari 2014

Mahathir: Peserta mahu buat masalah

Mahathir: Peserta mahu buat masalah

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengutuk perhimpunan bagi membantah kenaikan kos sara hidup pada sambutan ambang tahun baharu malam tadi dan menyifatkannya sebagai tindakan tidak demokratik.
Angin kencang, laut bergelora dijangka berterusan

Angin kencang, laut bergelora dijangka berterusan

Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia, angin dengan kelajuan 60 km sejam dan ombak melebihi 5.5 meter itu boleh menyebabkan kenaikan paras air laut, serta berbahaya kepada semua aktiviti pantai dan perkapalan termasuk pelantar minyak.
'Himpunan lebih besar jika tiada tindakan k'jaan'

'Himpunan lebih besar jika tiada tindakan k'jaan'

Ketua Pemuda PAS Suhaizan Kaiat berkata kehadiran 10,000 golongan anak muda ke perhimpunan pada malam tadi menunjukkan bahawa masyarakat yang mengalami kesempitan hidup kini tidak boleh lagi berdiam diri.
Polis kumpul bukti ke atas 4 NGO

Polis kumpul bukti ke atas 4 NGO

Menurut Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Polis Bukit Aman, Datuk Seri Salleh Mat Rashid, pasukan itu akan mengumpul bukti siasatan ke atas empat NGO terlibat mengikut Akta Perhimpunan Aman 2012.
DBKL: 'Bunga api' terpaksa dibatalkan

DBKL: 'Bunga api' terpaksa dibatalkan

Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Seri Ahmad Phesal Talib bagaimanapun berkata bunga api yang tidak dipasang semasa sambutan tahun baru di Dataran Merdeka pada malam tadi masih boleh digunakan untuk acara lain.
Bekas permaisuri Johor mohon batal 'penceraian'

Bekas permaisuri Johor mohon batal 'penceraian'

Bekas permaisuri Johor, Tunku Zanariah Tunku Ahmad memohon kepada mahkamah untuk mengenepikan perisytiharan penceraiannya dengan bekas sultan Johor, almarhum Sultan Iskandar Sultan Ismail.
Warga Kuantan sambut 2014 tanpa bunga api

Warga Kuantan sambut 2014 tanpa bunga api

Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) membatalkan pertunjukan bunga api bagi menyambut tahun baru 2014 dalam acara di Kuantan pada malam tadi sebagai tanda kepekaan pada warga negeri itu, yang menghadapi bencana banjir buruk bulan lalu.
Polis: Himpunan untuk cemar sistem demokrasi

Polis: Himpunan untuk cemar sistem demokrasi

Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Polis Bukit Aman Datuk Seri Salleh Mat Rashid berkata perhimpunan haram malam tadi adalah 'topeng' oleh pihak tertentu yang mempunyai agenda lebih luas.
TURUN isytihar himpunan satu kejayaan

TURUN isytihar himpunan satu kejayaan

Pengerusi Azan Safar mengisytiharkan perhimpunan malam tadi sebagai satu kejayaan dengan kehadiran seramai 10,000 ribu orang membanjiri Dataran Merdeka untuk membantah kenaikan kos sara hidup.
Polis temui parang, pisau dalam longkang

Polis temui parang, pisau dalam longkang

Polis mempercayai bahawa empat bilah parang dan tiga pisau ditemui di dalam longkang berhampiran Kompleks Dayabumi dibuang oleh peserta perhimpunan yang memenuhi Dataran Merdeka malam tadi.
Selamat Tahun Baru dari Malaysiakini!

Selamat Tahun Baru dari Malaysiakini!

Warga redaksi Malaysiakini mengucapkan Selamat Tahun Baru kepada semua pembaca. Kami akan kembali dengan lebih banyak berita dan pandangan utama esok.