Semua ahli Umno digesa supaya bersatu padu ke arah 'pemutihan semula' parti tersebut.

Gesaan tersebut dibuat oleh wakil Umno Johor, Datuk Razali Ibrahim ketika membentang usul ucapan terima kasih kepada ucapan presiden Umno pagi tadi.

Beliau yang juga naib ketua Pemuda Umno yang baru berkata, peraturan moral dan integriti adalah tidak memadai.

Katanya, ini kerana integriti melibat soal keperibadian dan nilai yang kukuh

"Integerti merujuk kepada tingkah laku yang beradap, moral dan beretika serta menuntut disiplin diri.

"Ia tidak boleh dipakai-pakai di badan seperit pakaian. Ini mestlah berteraskan agama kerana Islam menjadi tunjang kepada Umno," katanya.

Selain itu, beliau yang ahli Parlimen Muar berkata tatacara hukuman kesalahan disiplin dalam parti juga mestilah telus dan berkesan.

Pelan peralihan

Menurutnya, beliau membuat gesaan tersebut berasaskan kepada keputusan pilihanraya umum lagi.

Keputusan pilihanraya tersebut, tambahnya, menunjukkan sokongan kepada Umno merosot walaupun BN berjaya berupaya membentuk kerajaan.

Selain gagal mempertahankan penguasaan dua pertiga di Dewan Rakyat, BN juga kehilangan Perak, Pulau Pinang, Perak dan Selangor.

Razali yang menyentuhkan tentang pelan peralihan kuasa yang didorongkan oleh semangat cintakan parti.

Selain itu, beliau juga menyentuh tentang hak istimewa orang melayu, bahasa Melayu sebagi bahasa kebangsaan, dan Islam sebagi agama persekutuan, telah mula dipersoal dan dicabar.

Beliau juga mengingatkan semua ahli supaya menginsafi bahawa kerajaan dan parti didesak oleh perubahan yang menyeluruh.