Orang ramai yang ingin mengemukakan cadangan dan pandangan berhubung isu Bahasa Inggeris syarat wajib untuk lulus peperiksaan SPM boleh berbuat demikian melalui saluran telefon dan emel kepada Kementerian Pelajaran.

Ia boleh disalurkan ke talian khidmat pelanggan kementerian itu di 03-7723 7070 atau emel di kpkpm@moe.gov.my , lapor Bernama .

Semalam, menterinya Tan Sri Muhyiddin Yassin mempelawa orang ramai mengemukakan pandangan mengenai isu mewajibkan calon lulus bahasa Inggeris sebagai syarat lulus SPM.

Sebelumnya, beliau dimaklumkan bahawa ramai pelajar di luar bandar akan gagal SPM jika Bahasa Inggeris dijadikan mata pelajaran wajib untuk lulus.