Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) Yusri Mohamad berkata beliau akan melepaskan jawatan itu pada muktamar Abim ke-38 di Shah Alam pada 1 Ogos ini.

Beliau telah memegang jawatan tersebut selama dua penggal.

yusri mohamad Walaupun umurnya belum menjangkau 40 tahun, tetapi Yusri berkata beliau mahu memberi peluang kepada barisan baru untuk memimpin Abim.

"Saya akan memberi sokongan kepada sesiapa sahaja yang memimpin Abim," katanya selepas menutup kursus haji bersiri di Masjid Al Hana' di Langkawi hari ini, lapor Bernama .

Yusri berkata muktamar Abim kali ini akan membangkitkan usul mengenai usaha menangani kemelut sosio-politik ummah.

Beliau berkata Abim, yang kini mempunyai 50,000 ahli, sedang memperhebatkan kempen menambah anggota di seluruh negara.