Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Keputusan kerajaan memperkenalkan dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik (PPSMI) dalam bahasa Inggeris mendapat sokongan Majlis Tertinggi (MT) Umno, kata mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

PPSMI diperkenalkan pada enam tahun lalu. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin juga merupakan anggota MT Umno ketika itu.

Kelmarin, Muhyiddin mengumumkan dasar itu dimansuhkan pada tahun 2012 dalam satu sidang media khas di kemeterian pelajaran di Putrajaya, Rabu lalu.

Dr Mahathir berkata, PPSMI dilaksanakan pada tempoh penggal terakhir beliau menjadi perdana menteri dan mendapat sokongan penuh dari MT Umno.

"Kini 80 peratus dari 26,000 yang memberi respons dalam blog saya, tidak setuju dengan tindakan kerajaan memansuhkan PPSMI.

"Saya bercakap apa yang saya fikirkan, dan saya tidak mengkritik apa pun. Tetapi saya akan mengkritik jika ia memberi kesan kepada anak-anak kita.

"Bagi saya, ini satu perkara yang negatif (mengenai Datuk Seri Najib), banyak lagi yang saya tidak setuju, tetapi itu hanya pandangan peribadi saya," katanya.

Dr Mahathir berkata demikian dalam sidang akhbar selepas menyampaikan ucap utama program "Wacana Kedudukan Institusi Beraja dan Melayu dalam Perlembagaan Persekutuan dari Perspektif 1Malaysia" yang diadakan secara tertutup di PWTC di ibu negara hari ini.

ADS