BERITA

Khir Toyo diperintah keluar dewan

Andrew Ong

Diterbitkan
Dikemaskini 13 Jul 2009, 6:57 pagi

Ketua pembangkang DUN Selangor, Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo diperintah keluar dewan hari ini selepas enggan menarik balik kenyataannya yang menuduh Speaker Teng Hang Khim berat sebelah.

Teng yang kelihatan marah, berulangkali meminta Khir supaya menarik balik kenyataannya, yang disebutnya selepas kedua-dua bertekak berhubung definasi "Dewan" yang merujuk kepada dewan undangan negeri.

Sebelum itu, sewaktu sesi perbahasan Bajet Tambahan 2009, ADUN Sekincan, Ng Suee Lim berkata, beliau telah menerima surat guaman dari Khir dalam kawasan "Dewan" dan meminta penjelasan dari dewan jika tindakan itu wajar.

Teng kemudiannya bertanya kepada Khir sama ada dakwaan itu benar dan memutuskan bahawa konvensyen Parlimen Komanwl tidak membenarkan tindakan undang-undang seperti menyampaikan notis guaman, dalam kawasan "Dewan".

Katanya, tindakan seumpama itu boleh menghakis imuniti yang dinikmati wakil rakyat.

Bertekak mengenai definasi

NONE Teng kemudiannya menegur Khir dan memintanya supaya jangan mengulangi perkara itu, sambil memberi amaran bahawa Jawatankuasa Hak dan Keistimewaan boleh mengambil tindakan terhadapnya kerana melanggar kesucian DUN.

Khir mempertahankan dirinya dengan mendakwa bahawa Perintah Tetap menghadkan “Dewan” kepada dewan mesyuarat, tetapi Teng memintanya menunjukkan peruntukan khusus mengenainya.

“(Peraturan) Perintah Tetap yang mana? Muka surat mana? Jangan cakap mengarut,” kata Teng berulangkali, tetapi Khir tetap berkeras bahawa “Dewan” merujuk kepada dewan mesyuarat.

Khir kemudiannya berkata, kerana itulah beliau menyatakan bahawa speaker berat sebelah.

Teng berulangkali mendesak Khir supaya menarik balik kenyataannya itu, sambil menegaskan beliau telah memberi peluang untuk menjelaskan dakwaannya mengenai peraturan Perintah Tetap tersebut.

Apabila Khir enggan berbuat demikian, Teng memerintahkan Khir keluar dewan, tetapi tidak menyatakan berapa lama tempohnya.

Baca berita penuh

Beri pendapat anda!

Jadi pelanggan Malaysiakini untuk menjadi pengulas berita. Anda dapat mengakses kandungan semua bahasa dan menulis komen di semua platform Malaysiakini.

Bersatu sokong media bebas.