Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Muhyiddin: Tiada maaf bagimu Anwar
Diterbitkan:  Aug 4, 2009 4:35 PM
Dikemaskini: 8:50 AM

Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak akan memohon maaf kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim susulan tuduhannya penasihat PKR "pengkhianat" seperti dituntut mantan timbalan perdana menteri, semalam.

Timbalan perdana menteri mengesahkan beliau menerima notis daripada peguam Anwar yang ingin mengambil tindakan undang-undang terhadapnya bagi memfitnah, lapor Bernama .

"Ya, saya sudah menerima surat peguam itu. Saya juga telah mengarahkan peguam saya untuk mengambil tindakan yang sesuai.

NONE "Saya tidak akan minta maaf kerana saya tidak berbohong semasa membuat kenyataan itu," Muhyiddin dipetik berkata.

Berikutan perhimpunan membantah ISA pada Sabtu lepas, beliau melabelkan Anwar sebagai pengkhianat seperti laporan akhbar milik Umno, Utusan Malaysia.

Muhyiddin membuat kenyataan tersebut ketika merasmikan mesyuarat Umno bahagian Sri Gading di Johor, kelmarin.

Berikutan itu, Anwar mahu timbalan presiden Umno menarik balik kenyataannya itu dan membuat permohonan maaf secara terbuka.

Dalam surat tuntutannya kepada Muhyiddin dan akhbar berkenaan, Anwar juga menuntut ganti rugi sebanyak RM100 juta daripada kedua-dua pihak berkenaan.

ADS