Pergerakan Pemuda MIC akan menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara penyelarasnya sekarang, T Mohan dan S P Muthu Veloo manakala ketua wanita, Datin Paduka P Komala Devi dicabar timbalannya, S Thangasvari.

Ketua Puteri MIC Senator Usha Nandhini menang tanpa bertanding selepas pencalonan bagi ketiga-tiga pergerakan itu ditutup tengah hari di Ibu pejabat parti itu di ibunegara hari ini.

Presiden MIC Datuk Seri S.Samy Vellu yang bertindak sebagai pegawai pemilihan, ketika mengumumkan pencalonan tersebut berkata, pemilihan bagi semua jawatan akan diadakan pada 16 Ogos, lapor Bernama.

Ia juga pertandingan satu lawan satu bagi jawatan nombor dua pergerakan emuda MIC antara ADUN) Kahang, RVidyananthan dan

Ketua Biro Politik Pemuda MIC, V Mugilan manakala jawatan bagi timbalan ketua Wanita MIC akan menyaksikan pertandingan antara Ketua Wanita MIC Negeri Sembilan, Dr P Thanaletchumi dan Dr C V Prema dari Perak.

Vidyananthan dikatakan beregu dengan Mohan manakala Thanaletchumi pula beregu dengan Thangasvari, 61, yang juga Ketua Wanita MIC Perak.

Seramai 541 perwakilan pemuda MIC dan 572 perwakilan Wanita akan mengundi bagi menentukan calon yang akan menerajui pimpinan kedua-dua pergerakan itu bagi tiga tahun akan datang.

Pada pemilihan 16 Ogos nanti, Pergerakan Wanita dan Pemuda MIC akan memilih dua wakil bagi jawatankuasa kerja pusat parti (CWC), 12 Ahli Jawatankuasa dan 35 perwakilan ke perhimpunan agung MIC yang dijadualkan pada 12 Sept apabila pemilihan diadakan.

Samy Vellu berkata beliau tidak akan menyokong mana-mana calon dari

pergerakan Pemuda dan Wanita walaupun calon Ketua Pemuda MIC Muthu Vello, 38, adalah anak saudaranya.

Mohan, 36, disokong anak Samy Vellu, S.Vell Paari, yang merupakan penasihat pergerakan itu.

Bagaimanapun, Samy Vellu telah menyatakan sokongannya kepada penyandang Timbalan Presiden MIC Datuk G Palanivel bagi mempertahan jawatan nombor dua parti itu dan Menteri Sumber Manusia Datuk Dr S.Subramaniam, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk S K Devamany dan Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan Datuk M Saravanan bagi tiga jawatan naib presiden.

Pemimpin MIC itu juga berkata beliau akan mengumumkan senarai calon yang isokongnya bagi 23 jawatan dalam CWC.