Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Gadis mati terjun kuarters polis
Diterbitkan:  Aug 27, 2009 3:51 PM
Dikemaskini: 8:06 AM

Seorang wanita berusia 20 tahun ditemui mati dipercayai akibat terjun dari bangunan tiga tingkat kuarters Ibu Pejabat

Polis Daerah Kuala Kangsar di sini pagi ini.

Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar, Supt Abdul Ghafar Mohamad berkata, mangsa dikenali sebagai Kwek Lee May berasal dari Taman Chandan Puteri di sini ditemui mati dalam keadaan cedera parah di kepala dan badan pada pukul 8 pagi.

Mayatnya dihantar ke Hospital Kuala Kangsar untuk bedah siasat, katanya di sini.

Abdul Ghafar berkata, tiada sesiapa yang melihat wanita itu memasuki kuarters dan hanya mengetahui ada seorang wanita terbaring berlumuran darah oleh beberapa penghuni kuarters berkenaan.

Polis mengklasifikasikan kes itu sebagai bunuh diri, katanya.

Punca wanita berkenaan berbuat demikian sedang disiasat. BERNAMA


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS