Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Gerakan sambut detik 16 Sept
Diterbitkan:  Sep 16, 2009 11:47 AM
Dikemaskini: 3:51 AM

Parti Gerakan malam tadi menganjurkan sambutan Hari Malaysia sempena memperingati pembentukan Malaysia pada 16 Sept 1963.

Sambutan itu dimulakan dengan kiraan detik menjelang sambutan sebelum diikuti laungan 'Satu Malaysia' dan 'Satu Hati', masing-masing sebanyak dua kali tepat pada tengah malam yang diketuai Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri

Dr Koh Tsu Koon, yang juga presiden Gerakan.

Majlis yang pertama kali dianjurkan seumpama itu diadakan di ibu pejabat Gerakan di Menara PGRM, Kuala Lumpur.

Empat minit selepas itu, Dr Koh turut membuat panggilan kepada ketiga-tiga pemimpin parti gabungan BN di Sabah dan Sarawak.

Mereka ialah Menteri Perusahaan, Peladangan dan Komoditi serta Presiden Pertubuhan Pasokmomogun Kadazan Dusun Murut Bersatu (UPKO) Tan Sri Bernard Dompok, Timbalan Ketua Menteri Sarawak (1) dan Presiden Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Tan Sri Dr George Chan Hong Nam dan Naib Presiden Gerakan yang juga Menteri Pembangunan Komuniti dan Hal Ehwal Pengguna Sabah, Datuk Raymond Tan Chu Kiah.

Sebelum detik kiraan, tayangan filem Sepet arahan Allahyarham Yasmin Ahmad turut diadakan diikuti telesidang langsung dengan pemimpin Sabah dan Sarawak.

Dr Koh juga melancarkan secara rasmi muka surat facebook 1Malaysian, 1 wish for 1Malaysia dan merakamkan hasrat pertama pada muka surat tersebut.

Sempena sambutan, Gerakan juga akan menghantar kad E-ucapan 'Selamat Hari Malaysia' dan melancarkan laman web rasminya www.1malaysian.1wish.org bagi menimbulkan kesedaran tentang Hari Malaysia. BERNAMA

ADS