Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Jerebu: 18 kawasan IPU sederhana
Diterbitkan:  Sep 17, 2009 2:07 PM
Dikemaskini: 6:10 AM

Kualiti udara di seluruh negera hari ini secara amnya agak baik apabila 32 kawasan atau 65 peratus kawasan yang dipantau merekodkan Indeks Pencemaran Udara (IPU) baik, manakala baki 18 kawasan atau 35 peratus berstatus sederhana.

Menurut laman web Jabatan Alam Sekitar (JAS) sehingga pukul 11 pagi ini, tiada kawasan dikesan merekodkan IPU tidak sihat.

Antara kawasan yang mencatatkan bacaan IPU sederhana ialah empat kawasan di Johor iaitu Kota Tinggi (65), Larkin Lama (73), Muar (65) dan Pasir Gudang (70) serta tiga kawasan di Pahang iaitu Balok Baru,(81), Indera Mahkota (60) dan Jerantut (51).

Satu kawasan di Negeri Sembilan mencatatkan IPU sederhana iaitu Nilai (53), lima kawasan di Selangor iaitu Country Heights, Kajang (59), Kuala Selangor (56), Pelabuhan Kelang (68), Petaling Jaya (53) dan Shah Alam (55) serta dua kawasan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur termasuk Batu Muda (58) dan Cheras (58).

Sementara itu, semua kawasan di Perak mencatatkan bacaan kualiti udara yang baik iaitu Jalan Tasek, Ipoh (38), Kampung Air Putih, Taiping (40), SK Jalan Pegoh, Ipoh (31), Seri Manjung (33), dan Tanjung Malim (47).

Pulau Pinang juga mencatatkan bacaan kualiti udara yang baik iaitu Perai (27), Seberang Jaya 2, Perai (31) dan Universiti Sains Malaysia (USM) (16).

Klasifikasi bacaan IPU ialah seperti berikut: 0-50 (baik), 51-100 (sederhana), 101-200 (tidak sihat), 201-300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas (berbahaya). BERNAMA

ADS