Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Skim persaraan bagi golongan bekerja sendiri
Diterbitkan:  Oct 23, 2009 5:51 PM
Dikemaskini: 10:12 AM

Kerajaan akan memperkenalkan skim simpanan persaraan 1Malaysia bagi golongan yang tiada berpencen atau mencarum dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Mereka yang terbabit ialah golongan yang bekerja sendiri dan tiada pendapatan tetap.

NONE Membentangkan bajet di Parlimen hari ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, mereka termasuklah pemandu teksi, penjaja, petani dan nelayan apabila mencapai umur persaraan.

Menurutnya, skim ini akan diuruskan oleh KWSP.

Melalui skim ini, katanya, mereka boleh mencarum secara sukarela mengikut kemampuan.

Perdana menteri berkata, bagi setiap RM100 caruman, kerajaan akan memberi sumbangan sebanyak 5 peratus, tertakluk kepada jumlah maksimum RM60 setahun.

Katanya, sumbangan kerajaan itu hanyalah untuk tempoh lima tahun dan merupakan tambahan kepada dividen sedia ada KWSP.

"Sebagai contoh, sekiranya seorang nelayan berumur 35 tahun membuat carumah RM100 sebulan secara konsisten selama 20 tahun, beliau akan mempunyai simpanan terkumpul RM40,000 pada umur 55 tahun," katanya.

Bagaimanapun, kata perdana menteri, caruman ini tidak boleh dikeluarkan awal, tetapi hanya pada usia 55 tahun.

perdana menteri juga berkata, kerajaan akan menerbitkan Sukuk 1Malaysia berjumlah RM3 bilion.

"Sukuk ini akan ditawarkan kepada semua rakyat Malaysia yang berumur 21 tahun ke atas dengan pelaburan minimum RM1,000 dan maksimum RM50,000," katanya.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS