Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Travelog Program lawatan kami ke Indonesia tamat semalam. Hari ini saya dan seorang lagi rakan melangkah keluar dari hotel untuk meninjau kesibukan kota Jakarta.

stadium gelora bung karno Kami bercadang untuk membeli belah di Senayan City tetapi barangan yang kami cari tidak dijual di situ. Maka kami membatalkan hasrat untuk membeli belah dan merayau di bawah pintu gerbang besar ‘Gelora Bung Karno’.

Indonesia memang terkenal dengan kegemaran rakyatnya menyingkatkan penggunaan perkataan, umpamanya warung Tegal (warung murah) menjadi "warteg", menteri luar (menlu) dan pemilihan umum menjadi "pemilu".

Begitu juga dengan Gelora Bung Karno. Di negara kita, perkataan gelora membawa maksud "sesuatu yang tidak stabil" atau gelombang. Tetapi di Jakarta, Gelora membawa maksud "gelanggang olahraga".

Gelora Bung Karno sebuah kompleks sukan serbaguna di Senayan, Jakarta. Kompleks itu bersempena nama Soekarno, presiden pertama Indonesia, yang juga merupakan tokoh yang mencetuskan gagasan pembangunan kompleks olahraga ini.

NONE Semasa pemerintahan Orde Baru, nama kompleks olahraga ini diubah menjadi Gelora Senayan. Namun setelah berlakunya gelombang reformasi pada 1998, nama kompleks olahraga ini dikembalikan kepada namanya asalnya, Gelora Bung Karno.

Soekarno menginginkan kompleks olahraga yang dibangun untuk Sukan Asia ke-4, sebagai nadi kota dan ruang terbuka tempat rakyat berkumpul.

Maka tidak hairanlah, ketika saya dan rakan tersesat ke situ, ia jelas menjadi tempat tumpuan, bukan sahaja anak-anak muda bersukan, tetapi orang ramai yang mengunjungi kompleks membelibelah moden di sekitar stadium tersebut.

Kami ternampak sekumpulan 60 kanak-kanak berumur dalam lingkungan lapan hingga 12 tahun, giat berlatih bola lisut. Gelanggang itu riuh rendah dengan tempikan mereka.

NONE Mereka berlatih membaling dan menangkap bola. Ada juga yang berlatih memukul bola dengan cara yang betul dan ada pula mengejar bola.

Kira-kira 200 meter dari itu, orang ramai berpusu-pusu mengunjungi Pesta Buka Jakarta yang sedang berlangsung di sebuah pusat konvensyen berhampiran. Kami lihat kereta berpusu-pusu masuk menuju ke pesta buku tersebut.

Mereka menuju ke tempat letak kereta di situ, yang mampu menampung ribuan kereta dalam satu-satu masa.

Untuk memasuki pesta buku itu, kami perlu membayar 10,000 rupiah (RM3.30). Pergelangan kami pula di cop dengan dakwat merah. Pesta buku itu disertai lebih 100 penerbit buku utama dari Indonesia dan negara anggota Asean yang lain.

Pelbagai ketegori buku dijual di situ termasuk buku kanak-kanak, buku agama dan buku ilmiah yang kebanyakannya dalam bahasa Inggeris.

Terdapat pelbagai jenis buku dan aktiviti telah disusun oleh pihak penganjur sempena pesta buku tersebut, termasuk diskusi buku, tayangan filem dan lain-lain.

NONE Saya membeli sebuah buku yang bertajuk "Memahami Islam Jawa" hasil tulisan Prof Dr M. Bambang Pronowo. Rakan saya juga tidak melepas peluang untuk turut membeli tiga buah buku.

Berdekatan dengan pusat konvensyen itu, terdapat sekumpulan anak muda yang sedang menyiapkan pentas untuk konsert yang dijadualkan diadakan keesokan harinya.

Setelah lebih satu jam, berpusing di pesta buku itu, kami berhasrat pulang ke hotel, tetapi terbantu apabila hujan lebat. Selepas setengah menunggu hujan reda, maka menaiki teksi pulang untuk berkemas.

Hari ke-5: Diskusi bersama Kiyai Husein

Hari ke-4 (bah 2): Bertemu tokoh Islam liberal

Hari ke-4 (bah 1): Beramah mesra dengan isteri Gus Dur

Hari ketiga: Berkurung setahun selepas dimadu

Hari kedua (bah 2): Berkunjung ke Komunitas Salihara

Hari kedua (bah 1): Rahima perjuang hak wanita Islam

Hari pertama: Terhoyong-hayang ke pesantren


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS