BERITA Malaysiakini

Mahkamah tolak saman fitnah Manoharan

News  |  Diterbitkan  |  Dikemaskini

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, membenarkan permohonan kerajaan, ketua polis negara, peguam negara dan tiga yang lain, untuk membatalkan saman fitnah bekas tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), M Manoharan berhubung dakwaan yang mengaitkannya dengan pengganas.

Saman fitnah manoharan first visit to selangor state assembly building 110509 04 yang difailkan Manoharan itu berjumlah RM100 juta.

Tiga pihak yang lain itu adalah akhbar  The Star , The New Straits Times dan  Utusan Malaysia .

Manoharan, bertindak sebagai penasihat undang-undang bagi pertubuhan barisan hak Hindu, (Hindraf) yang diharamkan yang memfailkan saman itu pada 11 Sept tahun lalu.

Beliau juga adalah ahli dewan undangan negeri Selangor bagi kerusi Kota Alam Shah.

Hakim Mahkamah Tinggi Zabariah Mohd Yusof menolak permohonan itu setelah mendengar hujah daripada semua pihak di kamarnya.

[Baca berita penuh]