mk-logo
Berita
Hisham: Nakal sifatkan saya, Musa tegang
Diterbitkan:  Mar 23, 2010 9:22 AM
Dikemaskini: 11:15 AM

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein menyifatkan dakwaan kononnya hubungan beliau dengan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan sebagai tegang adalah tidak berasas langsung.

Sambil menyifatkan dakwaan itu sebagai "bersifat nakal", beliau berkata, ia adalah cubaan golongan yang tidak bertanggungjawab untuk melaga-lagakan pemimpin negara.

azlan "Sekiranya sesuatu itu diulang beberapa kali, dan jika tidak ditangani, akhirnya masyarakat di luar sana akan mempercayainya.

"Oleh kerana perkara itu telah dibangkitkan di Parlimen pagi tadi, hari ini kami bertiga hadir untuk membuktikan apa yang digembar-gemburkan oleh mereka itu tidak berasas langsung," katanya pada satu sidang media yang turut dihadiri Musa dan Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar.

Beliau mengulas dakwaan kononnya hubungannya dengan Musa tidak baik akibat kenyataan Musa pada Ahad lalu bahawa ada pihak “ketiga” yang memberi tekanan kepada pasukan polis kebelakangan ini.

Hishammuddin berkata, beliau berasa sedih dengan dakwaan itu pada ketika maklumat balas daripada orang ramai terhadap pasukan polis pada masa ini adalah memberangsangkan kerana indeks jenayah telah menunjukkan penurunan.

Di lobi Parlimen kemudian, beliau turut menafikan tuduhan itu.

NONE Sementara itu, Musa berkata, isu itu timbul berikutan laporan akhbar berbahasa Cina, China Press , baru-baru ini kononnya beliau telah menyerahkan surat meletak jawatan.

"Apabila pihak media jumpa saya dan bertanya mengenainya, saya jawab ia bukan daripada sumber rasmi.

"Jadi, jika tidak daripada sumber rasmi, maka ianya tidak betul. Saya beranggapan bahawa jika perkara ini boleh dijadikan bahan spekulasi dan ianya datang dari sumber bawah tanah, maka pasukan polis akan jadi kelam kabut.

"Maka, saya memetik Seksyen 4 Akta Polis, bahawa pentadbiran polis adalah di bawah kuasa dan kawalan Ketua Polis Negara dan juga pegawai-pegawainya.

"Jadi, janganlah ada pihak ketiga yang cuba membuat spekulasi mengenai perkara ini. Itu yang saya jelaskan," katanya.

Katanya, hubungan beliau dengan Hishammuddin adalah baik.

- Bernama

Lagi berita seperti ini :
ADS
Paling Popular
Terkini
ADS