Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Bekas ketua bahagian Bukit Bendera, Datuk Ahmad Ismail akan bersama dengan jentera BN untuk berkempen dalam pilihan raya kecil parlimen Hulu Selangor.

ahmad ismail putrajaya meet pm 090908 06 "BN akan bertanding, (jadi) kita akan turun untuk membantu calon BN mencapai kemenangan. Kita akan hantar orang kita ke sana (untuk berkempen)," katanya.

Ketika dihubungi Malaysiakini pagi ini, Ahmad berkata beliau bersetuju dengan kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang akan meninjau kehendak akar umbi terlebih dahulu sebelum menentukan calon yang sesuai bertanding dalam pilihan raya kecil itu.

Ahmad yang juga presiden Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM) berkata, pada pandangan beliau, calon yang dipilih mestilah berdasarkan majoriti kaum yang di situ.

"Majoriti di (parlimen) Hulu Selangor adalah Melayu. Oleh itu, beri kepada Umno dan pada masa yang sama, kejujuran parti lain juga akan teruji..

“Saya sokong penuh calon Umno bertanding (di Hulu Selangor)," katanya ketika diminta mengulas gesaan beberapa pemimpin Umno di situ yang mahukan kerusi tersebut dipulangkan kepada parti itu.

Bagaimanaun, Ahmad berkata beliau menyerahkan kepada Najib yang juga presiden Umno untuk menentukan calon yang layak dan boleh memberi kemenangan kepada BN.

azlan Ini kerana, katanya, Najib mempunyai hak istimewa untuk berbuat demikian memandangkan beliau juga pengerusi BN.

Kerusi Parlimen Hulu Selangor kosong berikutan kematian penyandangnya , Datuk Zainal Abidin Ahmad, 71, akibat barah otak Khamis lalu.

Allahyarham memenangi kerusi itu setelah mengalahkan calon BN dari MIC, Datuk G Palanivel dengan majoriti 198 undi dalam pilihan raya umum 2008.

Parlimen Hulu Selangor mempunyai 63,539 pengundi dengan 53.9 peratus Melayu; China (26.7 peratus) dan India (19 peratus).

Kesemua tiga kerusi DUN dalam parlimen Hulu Selangor - Kuala Kubu Bharu (MCA), Batang Kali (Umno) dan Hulu Bernam (Umno) dikuasai oleh BN.

Dalam perkembangan lain, Ahmad turut memberi sokongan penuh kepada Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) untuk terus memperjuang dan membela Melayu sepertimana yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

"Perkasa adalah sebuah NGO yang mana kepimpinannya bukan sahaja dari kalangan pemimpin politik semata-mata tetapi dari kalangan ahli perniagaan dan lain-lain. Ia adalah satu gabungan yang mantap.

"Kita akan me NONE nyokong dari segi keputusan dan kenyataan yang dibuat. Orang Melayu wajar dibela. Kita juga akan buat perjumpaan (dengan mereka) dan kita akan menghantar orang dalam program mereka untuk memberi sokongan," katanya.

Mengenai tindakan ahli jawatankuasa Umno bahagian Bukit Bendera, meletak jawatan secara sukarela untuk memberi laluan kepada beliau kembali memimpin bahagian itu, Ahmad berkata beliau merasa bersyukur dan terharu.

"Saya tidak akan sia-siakan kepercayaan mereka untuk memartabatkan bangsa Melayu," katanya.

Pa ahmad ismail umno bukit bendera penang pc take down koh tsu koon  photo stunt 080908 sequence da September 2008, Majlis Tertinggi (MT) Umno menggantung keahlian Ahmad dan melucutkan haknya dalam parti, termasuk jawatan ketua bahagian, selama tiga tahun kerana membuat kenyataan yang berbaur perkauman terhadap masyarakat Cina.

Ahmad didakwa berkata bahawa kaum itu "menumpang" di negara dan meminta mereka supaya tidak menjadi seperti orang Yahudi di Amerika yang mahu menguasai ekonomi dan kuasa politik.

Ahmad juga dilaporkan menggesa Gerakan supaya keluar dari BN dan manakala seorang penyokongnya telah bertindak mengoyak gambar pemangku presiden Gerakan, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon.

Bagaimanapun pada Disember tahun lalu, MT memutuskan untuk menarik semula penggantungan terhadap Ahmad.

ADS