Menyambut ikrar partinya bagi membantu PKR dengan sepenuh tenaga, Ketua Pemuda PAS Nasrudin Hassan berkata, beliau sendiri akan turun berkampung di Hulu Selangor sehinggalan keputusan pilihan raya kecil parlimen itu diumumkan Ahad ini.

nasrudin hassan Katanya, bagi memastikan keberkesanan jentera PAS, beliau akan memantau program dan aktiviti penerangan pasukannya daripada dekat bermula daripada hari ini.

"Saya sekarang dalam perjalanan ke Hulu Selangor. Sampai di sana, saya akan bermesyuarat dengan jentera Pemuda dan susun pergerakan kita," kata Nasrudin ketika diminta mengulas keputusan PAS untuk meninggkatkan bantuan kepada PKR.

Semalam Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali dilaporkan berkata, setelah diberikan lampu hijau oleh PKR - sebagai parti yang bertanding - pihaknya akan meningkatkan bantuan mereka kepada 60 peratus.

Beliau menjelaskan, jentera pilihan raya pembangkang "agak lemah sedikit" sebelum ini kerana PAS baru menyumbang 20 peratus tenaga dan kepakarannya bagi membantu calon PKR Datuk Zaid Ibrahim.

NONE Ketika dihubungi Malaysiakini hari ini, Nasrudin berkata, selepas empat hari berlalu, Pemuda PAS kini bersedia melakukan serangan balas terhadap BN yang didakwanya menggunakan serangan peribadi dengan kencang terhadap Zaid.

"Kita perlu tingkatkan daya tahan. Kita akan fokuskan tenaga untuk aktiviti penerangan dengan menguasai media baru dan blog-blog.

"Dalam pusingan pertama kita masih dilihat bertahan. Sekarang kita akan menyerang balas," katanya.

Nasrudin berkata, memasuki fasa "pecutan akhir" berkempen, pihaknya juga telah mengenalpasti beberapa lokasi tumpuan untuk tujuan tersebut.

NONE Ditanya tentang sususan dan gerak kerja Dewan itu sebagai jentera utama PAS - yang dilihat paling berpengalaman berdepan BN dalam pilihan raya - Nasrudin berkata, jentera bantuan daripada luar Selangor akan turun secara berperingkat mengikut giliran yang ditetapkan.

"Kita ada dua pasukan daripada dua negeri pada satu-satu masa. Tetapi jentera tempatan sebagai jentera utama itu setiap masalah (di Hulu Selangor)," katanya.

Kesemua operasi Pemuda PAS disusun di markaz pilihan raya mereka di Kampung Gesir, Hulu Bernam.

Lagi berita dari pengarang :
Lagi berita seperti ini :
ADS
Paling Popular
Terkini
ADS