Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Kamarul Ramizu sertai PPP
Diterbitkan:  May 28, 2010 7:27 PM
Dikemaskini: 11:55 AM

Bekas calon Bebas yang sebelum ini pernah bertanding tiga pilihan raya kecil di Perak dan Pulau Pinang, Kamarul Ramizu Idris, telah menyertai Parti Progresif Penduduk (PPP) kira-kira dua minggu lalu.

bukit gantang independent candidate  kamarul ramizu idris campaign 010409 01 Presiden PPP, Datuk M Kayveas, berkata Kamarul Ramizu telah menyerahkan borang keahlian PPP bersama 3,000 pengikut beliau pada 13 Mei lalu.

"Kita tidak ada masalah (terima permohonan), hanya saya ucap terima kasih kepada beliau dan penyokongnya yang sertai PPP kerana melalui PPP mereka akan memberikan sokongan kepada Barisan Nasional (BN)," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat PPP Perak di Pusat Khidmat PPP Batu Gajah di Taman Batu Gajah Perdana hari ini.

Kayveas berkata, bahagian PPP di Perak yang mempunyai jumlah penyokong Kamarul Ramizu yang paling ramai akan diserahkan untuk diterajui oleh ahli perniagaan itu.

penanti by election kamarul ramizu campaign 240509 01 Kamarul Ramizu sebelum ini pernah bertanding sebagai calon Bebas pada pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gantang di Perak dan pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti dan Permatang Pasir di Pulau Pinang.

Sementara itu, Kayveas turut mengumumkan bahawa mesyuarat PPP Perak hari ini memutuskan untuk melantik beliau sebagai Pengerusi PPP Perak manakala Pengerusi PPP Perak sebelum ini Datuk Lee Heng dilantik sebagai Penasihat PPP Perak.

Beliau berkata, rombakan itu sebagai persediaan menghadapi pilihan raya umum akan datang di mana Perak dijangka akan mengalami persaingan sengit antara BN dan pembangkang.

Mengulas kemelut MIC yang berlaku sekarang, Kayveas berkata persoalan sama ada Datuk Seri S Samy Vellu perlu menyegerakan perletakan jawatannya ataupun tidak, perlu diputuskan oleh Presiden dan ahli MIC sendiri.

"Satu kelemahan Datuk Seri Samy Vellu, dia tidak beri peluang kepada sesiapa yang rajin... sesiapa yang ada kelebihan untuk naik (dalam politik)," katanya.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS