BERITA

Ibrahim Ali saman Saifuddin Nasution RM2 juta

Siah Chong Yan

Diterbitkan
Dikemaskini 2 Jun 2010, 11:34 tengahari

Presiden Pertubuhan Peribumi Perkasa Malaysia (PERKASA), Datuk Ibrahim Ali hari ini memfailkan writ saman di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur terhadap Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail.

NONE Dalam samannya itu ahli parlimen Pasir Mas itu menuntut ganti rugi RM2 juta setelah mendakwa MP Machang memfitnahnya dalam sidang parlimen Mac lalu.

Saman tersebut difailkan melalui Tetuan Rajindar Singh di pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur.

Ibrahim mendakwa Saifuddin menuduh beliau memiliki saham dalam syarikat judi atau syarikat lain berkaitan Tan Sri Vincent Tan ketika membahaskan titah ucapan Yang di-Pertuan Agong di Dewan Rakyat akhir Mac lalu.

Ibrahim kemudian menuntut supaya Saifuddin dirujuk ke jawatankuasa hak dan kebebasan parlimen kerana menuduhnya mempunyai saham dalam syarikat judi.

Beliau juga meminta speaker dewan menyiasat tuduhan tersebut yang didakwa dilakukan Saifuddin ketika perbahasan.

"Dalam hansard 23 Mac, dengan jelas sekali mukasurat 102 yang mana mengatakan... saya (didakwa) pemegang saham Vincent Tan. Ini tuduhan mengelirukan, tuduhan tidak benar dan fitnah sama sekali.”

Ba NONE gaimanapun, notis beliau itu ditolak.

Katanya, pada 4 Mei lalu, melalui surat peguam cara, beliau telah menuntut permohonan maaf dan ganti rugi daripada Saifuddin tetapi tiada sebarang jawapan.

Selain ganti rugi am berjumlah RM2 juta, Ibrahim turut menuntut satu injunksi melarang anggota parlimen Machang, Kelantan itu dengan sendiri atau melalui pekerja dan/atau ejen beliau daripada mengulangi perkataan yang sama terhadapnya.

Ibrahim memberitahu pemberita di luar mahkamah, peguamnya akan memfailkan saman ke atas akhbar Suara Keadilan esok atas alasan yang sama.

Beri pendapat anda!

Jadi pelanggan Malaysiakini untuk menjadi pengulas berita. Anda dapat mengakses kandungan semua bahasa dan menulis komen di semua platform Malaysiakini.

Bersatu sokong media bebas.