Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Dakwaan rasuah terhadap syarikat lombong pasir milik kerajaan negeri Selangor - Kuala Semesta Sdn Bhd (KSSB) - adalah 'tidak berasar' tetapi wujud unsur salah urus.

NONE

Pengerusi Selcat,  Teng Chang Khim berkata penemuan selepas tiga hari pendengaran awam diadakan, menunjukkan tidak ada bukti berlakunya rasuah.

"Jadi di mana skandalnya? Saya tidak nampak ada sebarang skandal," katanya dalam sidang akhbar selepas pendengaran awam hari ini.

Namun, beliau bersetuju berlaku salah pengurusan di KSSB yang ditubuhkan oleh pentadbiran Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim untuk menangani perlombongan pasir secara haram di  negeri ini.

Perang mulut

Pendengaran awam hari ini - yang ditangguhkan ke suatu masa kemudian - menyaksikan berlakunya perang mulut ketika ahli parlimen Kapar S Manikavasagam memberi keterangan.

Keadaan menjadi tegang dan suara tinggi kedengaran apabila Teng mengingatkan Manikavasagam supaya bersopan dengan ahli jawatankuasa Selcat.

Beliau juga cuba menenangkan Manikavasagam yang meninggikan suaranya meminta supaya tidak ada sebarang percubaan menutup apa-apa dalam pendengaran awam kes tersebut, disambut tepukan para hadirin.

Berikutan itu, Teng dengan tegas berkata: "Ini adalah prosiding yang serius, bukan satu ceramah. Jika anda ingin bertepuk tangan, sila keluar..."

[Berita lanjut menyusul]

 

 

 

 


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS