Elly sanggup sujud di kaki Azalina jika dibukti tidak bersalah
Elly Zalilah Yusof, bekas pembantu Azalina Othman Said berkata beliau sanggup sujud di kaki Azalina sekiranya ketua Puteri Umno itu dapat membuktikan bahawa dia tidak pernah menyalahgunakan wang pergerakan itu.
Berikutan itu Elly mengalu-alukan tindakan pihak polis memulakan siasatan berhubung dakwaanya terhadap Azalina, mengenai wujudnya tiga akaun bagi Puteri Umno, kehilangan wang kutipan untuk mangsa Afghanistan dan pendaftaran empat van milik pergerakan itu atas nama mereka yang tiada kaitan dengannya.
Malaysiakini difahamkan bahawa polis Bukit Aman sudahpun memulakan siasatan ke atas laporan Elly itu dengan memanggil seorang bekas exco pergerakan itu untuk memberi keterangan berhubung dakwaan itu minggu lalu.
Difahamkan beberapa orang lagi bekas exco dan pegawai pejabat Puteri Umno akan dipanggil untuk memberi keterangan mengenai dakwaan berkenaan.
Mengulas lanjut mengenainya, Elly berkata beliau mempunyai kepercayaan penuh bahawa pihak polis akan menyiasat secara terperinci kes itu bagi membuktikan dakwaannya terhadap Azalina.

Digantung hak
"Saya amat berharap agar 'kudis' dalam Puteri Umno akan terubat...kalau dibuktikan Azalina tidak makan wang Puteri Umno, saya boleh wujud di kakinya," tambah Elly.
Sebelum ini, Elly telah didapati bersalah oleh lembaga disiplin parti itu kerana mengadakan sidang akhbar yang "berunsur fitnah" terhadap Azalina.
Elly, 26, didapat bersalah melanggar Perkara 3 Tataetika Ahli Umno iaitu menggunakan kekerasan dan mengugut Azalina dengan tujuan mendorong dan memaksa orang tidak mengundi Azalina pada pemilihan pergerakan itu, serta melanggar Perkara 4.1 tataetika itu dengan menggunakan media untuk membuat fitnah, mencela dan mengeji Azalina
Sejajar dengan keputusan tersebut, Elly telah digantung hak-haknya untuk "dipilih, memilih dan dilantik" untuk memegang sebarang jawatan di bawah fasal 6.2.2. Perlembagaan Umno selama tiga tahun bermula dari 2 Okt 2002 hingga 1 Okt 2005.
Selain itu, jawatankuasa disiplin tersebut juga mengatakan bahawa pihaknya tidak dapat menyiasat dakwaan Elly terhadap Azalina kerana ianya di luar bidangkuasanya.
Baru-baru ini Timbalan Presiden Umno, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi memberitahu para wartawan bahawa polis akan menyiasat dakwaan penyelewengan berkenaan.
Bagaimanapun, Azalina menang tanpa bertanding jawatan Ketua Puteri Umno bila kesemua 165 bahagian Puteri mencalonkannya.
Empat orang lagi yang menawarkan diri untuk dicalon bertanding jawatan berkenaan gagal mendapat sebarang pencalonan. Mereka ialah Mastina Abdul Hamid, Raihan Sulaiman, Mazibah Mohd Zin dan Ummi Hafilda.
Tunjuk sebab
Sementara itu, Ummi telah menerima tunjuk sebab dari Lembaga Disiplin Umno mengapa tindakan tidak boleh diambil ke atasnya kerana mengadakan sidang akhbar yang dianggap mencela Azalina.
Beliau yang menerima surat itu pagi semalam, dipanggil mengadap lembaga itu pada pagi 28 Okt ini di ibupejabat Umno. Jika didapati bersalah, Ummi kemungkinan menghadapi tindakan tidak boleh memegang jawatan atau bertanding apa-apa jawatan parti dalam tempoh tiga tahun.
Dalam sidang akhbarnya baru-baru ini Ummi dalam mencabar Azalina meletakkan jawatan jika tidak boleh jawab dakwaan Elly terhadapnya.
Di samping itu, beliau juga telah mencabar Azalina supaya mengangkat sumpah al-Quran di masjid bagi membersihkan namanya dari dakwaan lesbian yang yang sudah lama heboh diperkatakan.

Are you sure you want to delete this comment?
This action cannot be undone.