Umno Pasir Mas mahu Dr M bertanding dalam pilihanraya umum akan datang
Mesyuarat tergempar Umno Pasir Mas, Kelantan yang diterajui oleh Datuk Ibrahim Ali telah meluluskan usul menolak cadangan Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad untuk tidak bertanding dalam pilihanraya umum akan datang.
Mesyuarat yang diadakan petang semalam itu sebaliknya menggesa perdana menteri supaya terus mempertahankan kerusi Parlimen Kubang Pasu dalam pilihanraya umum akan datang.
Usul itu juga mendesak Majlis Tertinggi Umno supaya "menolak dengan tegas dan merayu agar Dr Mahathir terus bertanding dalam pilihanraya umum ke-11 dan tidak bersara daripada arena politik negara".
Menurut kandungan usul tersebut, bahagian berkenaan berpendapat bahawa 'ketiadaan' kepimpinan Dr Mahathir akan merugikan agama, bangsa dan negara.
Antara lain usul tersebut berbunyi: "Walaupun Malaysia sudah mencapai kejayaan sehingga bangsa Malaysia terangkat mertabatnya dan dikenali di seluruh dunia, tetapi agenda pembangunan bangsa, perlu diteruskan.
"Perjuangan umat Melayu dan bangsa Malaysia yang belum selesai masih memerlukan kepimpinan dan pengalamannya."

Menangani ancaman
Melalui usul tersebut juga, Umno bahagian Pasir Mas berpendapat dalam keadaan dunia Islam yang diambang penindasan dan kezaliman kuasa-kuasa asing, Dr Mahathir merupakan satu-satunya pemimpin dunia Islam yang berupaya melakukan sesuatu bagi menangani ancaman tersebut.
Sebelum ini, Ibrahim merancang untuk mengemukakan usul tersebut menerusi Kongres Barisan Nasional (BN) Kelantan yang dijadual berlangsung Sabtu ini.
Bagaimanapun, rancangan tersebut tidak dipersetujui oleh pemimpin Umno Kelantan yang lain.
Berikutan itu, Ibrahim yang juga pengerusi jawatankuasa penganjur kongres BN Kelantan itu, telah mengadakan mesyuarat tergempar Umno bahagian Pasir Mas, yang diketuainya semalam, untuk mengemukakan usul berkenaan.
Malaysiakini difahamkan akan diserahkan kepada setiausaha agung Umno, Datuk Khalil Yaakob untuk panjangkan kepada Majlis Tertinggi Umno.
Ibrahim, bila dihubungi, enggan mengulas lanjut.
Sementara itu, kongres BN Kelantan ditangguhkan sehingga Disember ini kerana Timbalan Perdana Menteri, Datuk Abdullah Badawi yang dijadualkan merasmikannya akan berlepas ke Los Cabos, Mexico untuk menghadiri Mesyuarat Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (Apec) ke-10.