Isu BI: Muhd Taib mahu pengorbanan orang Melayu dihargai
Masyarakat Cina di negara ini perlu menghargai pengorbanan orang Melayu dalam membantu usaha kerajaan ke arah mewujudkan sebuah bangsa Malaysia, kata Naib Presiden Umno, Tan Sri Muhammad Muhd Taib hari ini.
Katanya, orang Melayu telah banyak bertolak ansur seperti dalam penggantian penggunaan jawi kepada rumi manakala istilah bahasa Melayu kini sudah ditukar kepada bahasa Malaysia.
"Kemerdekaan kita juga berdasarkan kepada tolak ansur antara kaum. Oleh itu, semua kaum perlu mengamalkan sifat bertolak ansur ini bagi mengelak wujudnya pemikiran berdasarkan suku kaum atau puak," katanya ketika dihubungi malaysiakini hari ini.
Lantaran itu, katanya, pendekatan dalam penggunaan bahasa Inggeris untuk mengajar Matematik dan Sains di sekolah juga perlu dilaksanakan tanpa ada sebarang pengecualian bagi mana-mana kaum di negara ini.
Katanya, ini bermakna, dasar yang sama perlu dilaksanakan di semua Sekolah Kebangsaan dan Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Cina dan India, tanpa saebarang pengecualian.
Sehubungan itu, beliau mengharapkan prinsip ini akan menjadi teras utama dalam cadangan parti-parti komponen yang mewakili Cina dalam BN berhubung perkara tersebut dalam mesyuarat Majlis BN esok.

Sikap berpuak
Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Ling Long Sik dilaporkan hari ini sebagai berkata empat parti Cina dalam BN tidak akan meletakkan sebarang syarat atau tuntutan bagi menyelesaikan isu pengajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris di SJKC tahun depan.
Menurutnya, apa yang mereka mahu ialah supaya kedua-dua mata pelajaran itu diajar dalam dwibahasa iaitu Mandarin dan Inggeris. Mereka juga mencadangkan istilah dalam Sains dan Matematik diajar dalam bahasa Inggeris manakala bahasa Mandarin digunakan dalam bentuk penjelasan.
Selain itu, keempat-empat parti itu yang diketuai oleh MCA mahu peruntukan enam waktu bagi pengajaran Sains, Matematik dan Bahasa Inggeris dalam seminggu diberikan apabila dasar baru itu dilaksanakan.
Mengulas lanjut, Muhd Taib berkata, usaha ke arah pembentukan satu bangsa Malaysia adalah penting dalam membendung dan menghapuskan sebarang bentuk pemikiran yang ektremis dan berunsur perkauman.
"Kita perlu menerima hakikat bahawa ada masanya kita telah membuat kesilapan, dan kesilapan itu perlu kita perbetulkan sekarang. Ini dapat dilakukan sekiranya semua kaum mengamalkan semangat bertolak ansur yang telah membawa kepada kemerdekaan negara kita.
"Ini termasuklah dalam pelaksanaan penggunaan bahasa Inggeris itu. Kita mahu semua anak-anak kita, mulai darjah satu, menggunakan pendekatan yang sama supaya apabila besar kelak, mereka akan berfikir sebagai satu bangsa, iaitu bangsa Malaysia bagi mengelak wujudnya pemikiran sempit yang boleh menyuburkan sikap ekstremis dan berpuak," tambahnya.