Pemuda Umno tidak akan tarik balik kenyataan Dr Adham Baba
Pemuda Umno tidak akan menarik balik kenyataan pengerusi biro pendirikan pergerakan itu, Dr Adham Baba berhubung isu penggunaan bahasa Inggeris untuk matapelajaran Matematik dan Sains di sekolah Cina, yang disifatkan oleh Pemuda DAP sebagai berbentuk hasutan.
Kenyataan Dr Adham itu yang bertajuk 'Prejudis Melampau Cauvinis Pendidikan Cina, Kerajaan digesa tutup semua SJKC' disiarkan dalam laman web Pemuda Umno pada 13 Nov lalu.
Beliau juga menyifatkan bantahan Dong Zong dan Jiao Zong terhadap pelaksanaan dasar baru itu sebagai "satu barah" dalam kemajuan pendidikan negara dan menyifatkanya sebagai satu "prasangka jahat yang berbaur hasutan kepada masyarakat Cina".
Dua hari kemudiannya, gerakan Pemuda DAP (DAPSY) telah membuat laporan polis terhadap Dr Adham di Balai Polis Sea Park kerana didakwa melanggar Akta Hasutan 1948.
Bagaimanapun, hari ini, akhbar berbahasa Cina, China Press , telah menyiarkan laporan yang memetik Dr Adham sebagai berkata bahawa beliau tidak pernah berniat mendesak kerajaan supaya menutup Sekolah Rendah Kebangsaan Cina.
Sebaliknya laporan itu telah memetik Dr Adham sebagai berkata, beliau menyokong kewujudan Sekolah Rendah Cina di negara ini dan menegaskan kenyataan itu "tidak lagi boleh dirujuk' selepas kerajaan membuat keputusan berhubung isu bahasa Inggeris itu.

Siasatan polis
Berikutan laporan akhbar
China Press
itu, setiausaha agung DAP, Kerk Kim Hock, dalam satu kenyataan hari ini mendesak supaya kenyataan Dr Adham sebelum ini, ditarik balik daripada laman web Pemuda Umno.
Kerk berkata kenyataan Dr Adham itu berbaur hasutan sambil merujuk kepada kes 1971 di mana akhbar Utusan Melayu didapati bersalah mengikut akta itu kerana menyiarkan laporan yang bertajuk "Hapuskan Sekolah-Sekolah Beraliran Tamil atau Cina di Negeri ini".
Sehubungan itu, penolong setiausaha Pemuda Umno, Zulkifli Alwi berkata, memandangkan laporan polis sudah dibuat, maka pihaknya menyerahkan kepada polis untuk menyiasat dakwaan itu.
"Pemuda Umno menyerahkan kepada siastan polis, kalau benar dakwaan bahawa kenyataan Dr Adham itu berbentuk hasutan atau sebaliknya," katanya ketika dihubungi malaysiakini hari ini.
Beliau berkata, pihaknya juga telah meminta penjelasan daripada Dr Adham yang menegaskan bahawa kenyataannya itu tidak bermaksud untuk menghapuskan sama sekali Sekolah Jenis Kebangsaan Cina.
Berbaur hasutan
"Hanya dia kata kenyataan itu dibuat dalam kontak sikap cauvinis kedua-dua pertubuhan (Dong Zong dan Jiao Zong) yang sentiasa mempertikai dan membangkang secara melulu setiap tindakan dan rancangan kerajaan," tegasnya.
Berikutan itu, kata Zulkifli, buat masa ini, pergerakan itu tidak bercadang untuk menarik balik kenyataan yang dibuat oleh Dr Adham dalam laman web Pemuda Umno.
Sebelum ini, DAP juga telah membuat laporan polis terhadap ketua Umno Pasir Mas, Kelantan, Datuk Ibrahim Ali pada 10 Okt lalu yang didakwanya membuat kenyataan tidak bertanggungjawab dan berbentuk hasutan berhubung isu yang sama, yang disiarkan dalam laman web Umno.
Dalam kenyataannya yang bertajuk "Cina DAP hasut MCA jangan guna bahasa Inggeris", Ibrahim, antara lain, mendakwa masyarakat Cina bimbang kertas peperiksaan pelajar Cina akan diperiksa oleh guru Melayu jika dasar baru itu dilaksanakan.
Ibrahim juga mendakwa prestasi akademik pelajar Cina sudah merosot dan guru sekolah Cina telah memberi markah yang tinggi walaupun pelajar mereka gagal dalam peperiksaan mereka.

Are you sure you want to delete this comment?
This action cannot be undone.