PAS-Umno perlu kerjasama hadapi politik semasa
Pengarah Akademi Islam Universiti Malaysia Prof Datuk Dr Mahmood Zuhdi Abdul Majid meramalkan sejarah politik negara ini akan berulang lagi dengan PAS dan Umno sekali lagi berkerjasama demi kepentingan politik orang Melayu-Islam pada masa depan.
PAS pernah menyertai Barisan Nasional (BN) yang ditunjangi Umno pada tahun 1974 selepas berlakukan peristiwa perusuhan kaum pada 13 Mei selepas pilihanraya umum 1969.
Bagaimanapun, PAS keluar BN pada 1978 apabila kerajaan mengumumkan keadaan darurat di Kelantan, dan pentadbiran PAS di Kelantan diambilalih sementara oleh Kerajaan Pusat.
Prof Mahmood berkata, beliau membuat ramalan itu berdasarkan "perkembangan-perkembangan" positif di kalangan ahli kedua-dua parti terbabit yang merasakan perlunya PAS dan Umno bersama-sama menanggani suasana politik semasa yang mencabar sekarang.
Berikutan peristiwa serangan 11 Sept ke atas Amerika Syarikat (AS), Malaysia telah disenaraikan antara negara teratas dalam agenda anti-keganasan AS bagi menghapuskan kumpulan al-Qaeda pimpinan Osman Ben Laden.
Malah, semalam, Jabatan Negara AS telah mengeluarkan amaran bahawa serangan bom sepertimana yang berlaku di Bali mungkin berlaku negara lain, termasuk Malaysia.
Ditanya bilakah ramalannya mengenai kerjasama PAS dan Umno itu akan berlaku, Prof Mahmood, dalam lingkungan umur 50-an, menjawab: "Saya rasa saya sempat menyaksikannya".

Pemimpin pelapis
Beliau berpendapat masalah yang dihadapi negara berhubung isu keganasan itu akan lebih mudah ditangani sekiranya wujudkan kerjasama seumpama itu pada masa akan datang.
Ditanya sama ada kerjasama seumpama akan dapat diwujudkan semasa kepimpinan sekarang, beliau berkata: "Jika tidakpun, mungkin oleh pemimpin pelapis selepas ini".
Menurut Prof Mahmood, kekeruhan politik Melayu di negara ini adalah disebabkan oleh 'teori status-quo' di mana parti pembangkang mahu menjatuhkan parti pemerintah yang sebaliknya mahu mempertahankan pemerintahannya.
"Di negara-negara lain, masalah ketidakstabilan politik itu disebabkan wujudkan golongan penentang atau pemisah yang mahukan kuasa autonomi, sepertimana di Filipina, Selatan Thailand dan Indonesia.
"Kita tidak menghadapi masalah seumpama itu, tetapi apa yang berlaku ialah persaingan sengit di kalangan parti-parti politik sepertimana yang berlaku di antara PAS dan Umno," tambahnya.
Bagi mengurang ketegangan politik di kalangan parti-parti utama Melayu-Islam, maka kerjasama perlu diwujudkan di antara PAS dan Umno.
Ketika diminta mengulas cadangan Pergerakan Belia Islam Malaysia (Abim) supaya dilaksanakan sistem perkongsian kuasa mengikut jumlah kerusi yang dimenangi oleh parti-parti yang bertanding, Prof Mahmood berkata:
"Ianya bukanlah cadangan baru. Ia pernah diutarakan sebelum itu, tetapi masalahnya, sistem perkongsian kuasa seumpama itu tidak semestinya menguntungkan politik orang Melayu-Islam, bangsa lain juga akan mendapat peluang yang sama," tambahnya.
Usaha yang gagal
Sebelum ini, pernah ada usaha untuk menganjurkan muzakarah mengenai perpaduan Melayu di antara pemimpin tertinggi Umno dan PAS pada tahun lalu.
Bagaimanapun, usaha itu tidak berjaya selepas pemimpin enggan memenuhi beberapa syarat yang dituntut oleh PAS sebelum mengadakan muzakarah itu termasuk mengembalikan semua bayaran royalti minyak kepada kerajaan Terengganu.
PAS juga meminta supaya Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk mengeluarkan permit penerbitan mingguan kepada akhbar parti itu, Harakah .

Are you sure you want to delete this comment?
This action cannot be undone.