Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Hasan Ali akui temu Harussani tetapi bukan sulit
Diterbitkan:  Jul 24, 2010 11:01 PM
Dikemaskini: 3:09 PM

Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Hasan Ali hari ini mengakui bertemu dengan Mufti Perak,Tan Sri Harussani Zakaria pada kira-kira dua bulan yang lalu tetapi tanpa agenda sulit.

NONE Katanya, pertemuan yang diadakan sehari sebelum mesyuarat Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Islam yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri , Datuk Seri Najib Razak itu bertujuan bagi meraih kebaikan bersama demi untuk kemajuan Islam dan kesejahteraan umat.

“Pertemuan tersebut bukan pertemuan sulit, malah diadakan secara terbuka ditempat yang terbuka,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Namun Hassan berkata pertemuan berkenaan tidak menatijahkan apa-apa tindakan susulan di kedua-dua pihak bahkan tidak ada sebarang perhubungan antara mereka berdua selepas itu.

“Saya tidak pernah diberi mandat oleh parti saya untuk membincangkan hal-hal politik perpaduan, oleh itu tidak ada agenda khusus membincangkan soal itu,” katanya.

Jangan berprasangka buruk

Sehubungan itu, katanya, mereka  yang mempunyai prasangka dan agenda jahat terhadapnya digesa  merenung semula dan bermuhasabah diri agar tidak menghabiskan masa dengan kerja-kerja yang tidak memberi manfaat kepada kemajuan agama, parti dan umat seluruhnya.

islam hadari pas and umno 051004 18 Julai lalu, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata beliau mengalu-alukan mana-mana pihak yang bersedia untuk menjadi perantara atau orang tengah bagi membantu proses mewujudkan persefahaman di antara Umno dan PAS.

Muhyiddin mengulas kenyataan Harussani, sehari sebelum itu bahawa terdapat pemimpin kedua-dua parti Umno dan PAS  yang datang berjumpa beliau baru-baru ini bagi membincang dan meminta pandangan beliau berhubung cara untuk menyatupadukan kedua-dua parti tersebut.

Harussani bagaimanapun tidak mendedahkan siapa pemimpin berkenaan yang berbincang dan meminta pandangan beliau berhubung cara untuk menyatupadukan kedua-dua parti yang bermusuhan itu.

Berikutan itu timbul pelbagai spekulasi, khususnya di laman blog dan antara pemimpin akar umbi PAS sendiri.

Sebuah blog yang tak jemu-jemu membangkitkan isu tersebut - dengan mengaitkannya dengan idea kerajaan perpaduan - Malaysia Waves dengan terang-terang mendakwa pemimpin yang dimaksudkan Harussani itu ialah Hasan Ali.

ADS