Abim: BN dan PAS perlu kongsi maklumat mengenai hudud
Sambil menyifatkan langkah kerajaan Terengganu menangguhkan pelaksanaan hukum hudud sebagai wajar, Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) turut menggesa kerajaan Barisan Nasional (BN) dan PAS supaya berkongsi maklumat mengenainya sebagai 'satu tuntutan agama".
"Kita maklum bahawa sebelum ini sudah ada beberapa kerajaan negeri dan pihak berkuasa agama yang mengadakan lawatan yang sama ke negara-negara yang telahpun melaksanakan hukum hudud," kata presiden Abim, Ahmad Azam Abdul Rahman.
Malaysiakini difahamkan beberapa pihak termasuk kerajaan negeri Johor dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), pernah menghantar rombongan untuk meninjau pelaksanaan hukum hudud di beberapa negara Islam yang sudahpun melaksanakannya.
Minggu lalu, Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengumumkan bahawa hukum hudud tidak akan dilaksanakan dalam tempoh terdekat ini kerana mahu mengkaji secara terperinci aspek pelaksanaannya.
Berikutan itu, kata Abdul Hadi, kerajaan negeri akan menghantar satu rombongan yang diketuai ahli exco negeri, Haji Harun Taib ke negara-negara yang sudah melaksanakan hukum hudud bagi mengkaji cara pelaksanaannya di sana.

Tuntutan agama
Mengulas lanjut, Azam berkata, adalah wajar bagi kerajaan Terengganu untuk berusaha mendapatkan maklumbalas daripada kerajaan negeri dan pihak berkuasa agama yang telahpun membuat lawatan itu.
Ditanya sama ada kerajaan Terengganu yang diterajui oleh PAS bersedia untuk mendapatkan maklumat berkenaan kerana kerajaan negeri dan badan agama terbabit adalah di bawah kerajaan BN, Azam berkata:
"Bagi melaksanakan hudud, semua pihak harus melihatnya sebagai satu tuntutan agama, bukannya untuk tujuan politik mana-mana pihak".
"Baik kerajaan negeri Terengganu ataupun kerajaan BN, kita harap isu ini jangan dijadikan isu politik tetapi satu tuntutan agama yang semua pihak wajib membantunya," tegasnya.
Dengan mengetahui maklumbalas itu, katanya, rombongan kerajaan Terengganu itu bolehlah menumpukan masa untuk mendapatkan maklumat tambahan mengenai pelaksanaan hukum hudud di negara-negara Islam terbabit.
Perihatin
Menurut Azam, Abim menganggap keputusan kerajaan Terengganu untuk menangguhkan pelaksanaan hudud itu sebagai wajar.
"Ia juga memperlihatkan bahawa kerajaan Terengganu juga mengambil kira pandangan pelbagai pihak sebelum ini, termasuk dari Abim sendiri, supaya perhatian sewajarnya diberikan sebelum hukum hudud dilaksanakan.
"Hukum hudud dari segi prinsipnya wajib, tetapi pelaksanaannya, jika ada cacat celanya, akan menjadi hukum itu satu isu pula...maknanya prinsip cantik tetapi pelaksanaannya tidak cantik, menyebabkan hukum itu menjadi tidak adil.
"Sehubungan itu, kita menganggap langkah ke arah pelaksanaan hukum hudud wajib diberi perhatian bersungguh-sungguh. Oleh itu, adalah wajar bagi kerajaan Terengganu berusaha memberi perhatian dalam memperlengkapkan pelaksanaan hukum hudud," tambah Azam.
Katanya, pendirian Abim sejak dahulu lagi memang konsisten dalam isu syariah dengan menekankan sekaligus aspek prinsip dan pelaksanaan hukum hudud.

Are you sure you want to delete this comment?
This action cannot be undone.