Rasol: Isu PORR dan hudud tidak sama
Tindakan tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Umno Terengganu mengambil sikap berkecuali dan seorang lagi tidak hadir, ketika Dewan Undangan Negeri (DUN) mengundi untuk meluluskan rang undang-undang hudud oleh kerajaan PAS tidak boleh disamakan dengan kes Adun MCA di Pulau Pinang.
"Dalam kes itu, keempat-empat Adun Umno tidak mengundi, tetapi di Pulau Pinang hanya dua daripada enam Adun MCA yang hadir tidak mengundi membantah usul DAP supaya Projek Lingkaran Luar Pulau Pinang (PORR) ditangguhkan," kata Adun Umno bagi kawasan Ajil, Rasol Wahid.
Semalam, Majlis Presiden MCA menggantung keahlian dua Adunnya di Pulau Pinang Lim Boo Chang (Datuk Keramat) dan Adun Jawi, Tan Cheng Liang kerana berkecuali daripada mengundi menentang usul DAP itu sewaktu sidang dewan pada 21 Nov lalu.
Sebelum ini, laman web rasmi MCA telah menyiarkan kenyataan dalam Mandarin mempertikaikan mengapa tindakan tidak diambil terhadap lima Adun Umno di Kelantan dan Terengganu PAS apabila rang undang-undang hukum hudud diluluskan di kedua-dua negeri terbabit.

Menurut kenyataan itu, pada November 1993, DUN Kelantan meluluskan sebulat suara (termasuk wakil Umno) Enakmen Syariah, kecuali dua Adun PAS yang cuti sakit.
Kali keduanya ialah ketika DUN Terengganu meluluskan Rang Undang-undang Jenayah Syariah (hudud dan qisas) pada 8 Julai lalu di mana tiga Adun Umno berkecuali daripada mengundi, dan seorang lagi tidak hadir.
Tiga Adun Umno yang berkecuali itu ialah Datuk Abdul Rashid Ngah (Seberang Takir), Rasol Wahid (Ajil), Abu Bakar Mohamad Ali (Kemasik), manakala Tengku Putera Tengku Awang (Telemong) tidak hadir.
Tiada tindakan
Menurut kenyatan itu lagi, tindakan Adun Umno terbabit adalah bercanggah dengan pendirian kepimpinan BN yang sentiasa menentang Undang-undang Syariah kerana ianya bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan, tetapi tiada sebarang tindakan diambil terhadap mereka.
Mengulas lanjut mengenainya, Rasol berkata kesemua Adun Umno mengambil bahagian dalam perbahasan membantah pelaksanaan hukum hudud itu sewaktu sidang dewan kerana menyifatkannya sebagai hukum hudud PAS, bukan berdasarkan hukum hudud sebenarnya.
Sebelum ini, kepimpinan Umno menegaskan bahawa parti itu tidak menentang hukum hudud sebenar, tetapi ia menentang 'hukum hudud ciptaan PAS'.
"Kami sepakat membantah kerana ianya hukum hudud PAS dan kami juga percaya kerajaan negeri tidak berkemampuan untuk menyediakan prasana yang diperlukan untuk melaksanakan hukum hudud itu," kata Rasol lagi.
Beliau berkata, ianya terbukti apabila Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengumumkan bahawa kerajaan negeri tidak akan melaksanakan hukum hudud dalam masa terdekat ini kerana masih perlu mengkaji secara mendalam mengenainya.
"Kita sudah sudah menjangka kerana kerana tiada prasana untuk melaksanakannya. Buktinya hukum hudud juga tidak dilaksanakan di Kelantan walaupun telah diluluskan pada 1993. Kerajaan Terengganu menangguhkannya hingga 2003 kerana ia mungkin tahun pilihanraya," kata Rasol.

Are you sure you want to delete this comment?
This action cannot be undone.