Muhd Taib: Debat boleh bantu rakyat fahami isu SAR
Naib presiden Umno Tan Sri Muhammad Muhd Taib berkata cadangan debat umum PAS-Umno berhubung sekolah agama rakyat (SAR) akan memberi peluang kepada rakyat untuk mengetahui kedudukan sebenarnya mengenai isu terbabit.
"Bagi saya, ia juga merupakan suatu perkembangan yang baik untuk memberi peluang kepada kedua-dua pihak untuk menguraikan kekosotan berhubung perkara tersebut.
"Melalui debat itu kita boleh melihat dengan lebih jelas semua aspek yang berkaitan dengan isu terbabit," katanya ketika dihubungi malaysiakini hari ini.
Debat itu akan diadakan pada 16 Feb depan di antara Menteri Pembangunan Usahawan, Datuk Mohd Nazri Abdul Aziz dengan timbalan ketua pemuda PAS, Salehuddin Ayub. Ia dicadangkan diadakan di Dewan Tunku Canselor (DTC), Universiti Malaya pada jam 9 malam.

Manakala pemangku presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebelum ini menyatakan bahawa Salehuddin akan mengambil bahagian dalam debat itu sebagai mewakili PAS.
Ditanya perkara yang sama, Muhd Taib berkata setahunya, Mohd Nazri yang juga ahli Majlis Tertinggi Umno (MT) tidak membawa perkara itu ke pengetahuan MT.
Mesyuarat
"Terpulanglah kepada presiden parti untuk membuat keputusan sama ada Mohd Nazri akan berdebat mewakili Umno atau tidak," tambahnya.
Namun begitu, kata Muhd Taib, Mohd Nazri boleh mengambil bahagian dalam debat tersebut tanpa merujuk kepada MT supaya isu SAR itu dapat dikupaskan secara terperinci agar difahami rakyat.
Tarikh 16 Feb itu dipersetujui dalam mesyuarat antara setiausaha sulit Mohd Nazri, Shamsul Anuar Nasarah dengan setiausaha Pemuda PAS pusat, Misbahul Munir Masduki di Ipoh kelmarin.
Mesyuarat itu juga bersetuju untuk melantik Prof Diraja Ungku Aziz untuk mempengerusikan debat itu.
Pemilihan Dewan Tunku Canselor, UM dicadangkan oleh wakil PAS walaupun Mohd Nazri pada mulanya mencadangkan supaya perdebatan itu diadakan di ibu pejabat PAS di Taman Melewar, Gombak.
Manakala Menteri Penerangan, Tan Sri Khalil Yaacob dilaporkan hari ini sebagai berkata, Radio Televisyen Malaysia (RTM) bersedia menyiarkan debat itu secara langsung jika menerima permohonan dari Umno dan PAS.

Are you sure you want to delete this comment?
This action cannot be undone.