Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Negeri Sembilan laksana pelan kontigensi air untuk Aidilfitri
Diterbitkan:  Sep 6, 2010 11:51 AM
Dikemaskini: 3:53 AM

Syarikat Air Negeri Sembilan Sdn Bhd (Sains) akan melaksanakan pelan kontigensi bekalan air bagi menangani masalah gangguan bekalan air yang mungkin timbul sepanjang musim perayaan Hari Raya Aidilfitri ini pada 7 hingga 13 Sept.

Pengurus Komunikasi dan Hal Ehwal Korporat Sains Azlan Abdul Aziz berkata lebih 300 kakitangan akan bertugas sepanjang tempoh itu dan pusat gerakan di ibu pejabat Sains di Seremban juga akan diaktifkan 24 jam.

"Pelanggan yang ingin membuat aduan bekalan air boleh menghubungi kami di talian bebas tol 1-800-88-6982 atau SMS aduan ke 06-6033500. Di samping itu, pelanggan juga boleh menghubungi kami melalui laman web Sains di www.sainswater.com," katanya di Seremban , hari ini.

Azlan berkata gangguan bekalan air lazimnya berlaku di beberapa kawasan di negeri ini ekoran peningkatan penggunaan air secara mendadak dan melebihi kapasiti yang sedia ada untuk daerah-daerah tertentu.

"Sains juga akan menempatkan 93 tangki statik di kawasan bermasalah serta menghantar lori tangki air secara berjadual," katanya.

--Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS