PAS: Perlantikan baru cermin masalah dalaman Umno Kelantan
Rombakan besar-besaran barisan kepimpinan Umno Kelantan semalam, mencerminkan kegagalan berterusan parti itu dalam memenangi semula kepercayaan dan sokongan rakyat negeri itu, kata ahli jawatankuasa pusat PAS, Husam Musa.
"Dengan membuat dua kali pertukaran dalam tempoh setahun, seolah-olah menunjukkan mereka yang dilantik sebelum ini gagal berfungsi dengan baik, dan terpaksa ditukar dengan muka-muka baru," katanya kepada malaysiakini .
Semalam, Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad mengumumkan pengguguran empat anggota kepimpinan Umno Kelantan, termasuk timbalan pengerusinya, Datuk Annuar Musa, dalam usaha memperkemaskan lagi jentera parti itu di Kelantan
Presiden Umno itu membuat pengumuman itu sewaktu mengadakan lawatan dua hari ke Kelantan. Bagaimanapun, Datuk Mustapha Mohammad kekal sebagai pengerusi perhubungan Umno negeri.
Selain Annuar, turut digugurkan ialah setiausaha perhubungan Umno negeri, Tuan Hashim Tuan Yaakub; Ketua Penerangan Umno Kelantan, Datuk Ismail Mamat, dan bendahari Datuk Dr Nik Hussein Nik Abdul Rahman.
Tempat mereka diambilalih oleh ketua Umno bahagian Kota Bharu, Zaid Ibrahim, Mat Nawawi Mat Jusuh (setiausaha perhubungan), Alwi Che Mat (ketua penerangan) dan Datuk Dr Awang Adek Hussin (bendahari).

Buka muka baru
Sejak kehilangan Kelantan kepada PAS dalam pilihanraya umum 1999, Umno gagal merampasnya semula dalam pilihanraya umum 1996 dan 1999. Sebaliknya, Umno Kelantan sering dilanda krisis kepimpinan sehinggakan barisan kepimpinannya sering bertukar ganti.
Mengulas lanjut, Husham yang juga ahli Parlimen PAS bagi Kubang Kerian berkata, sekali pandang, mereka yang baru dilantik menerajui Umno Kelantan juga tidak boleh dianggap sebagai muka-muka baru.
"Mereka yang dilantik sebelum ini, juga dengan restu Dr Mahathir, nampaknya gagal berfungsi. Jadi kita tidak boleh kata yang mereka yang baru dilantik itu, boleh berfungsi dengan berkesan.
"Tetapi berdasarkan perlantikan semalam, mereka juga bukan muka baru...setiausaha perhubungan, Mat Nawawi (
kiri
) pernah bertanding dan tewas dalam pilihanraya umum lalu. Dia juga ada kaitan dengan Annuar kerana pernah menjadi setiausaha politik Annuar...jadi tidak nampak kesegarannya...," tegas Husham.
Menurutnya lagi, pertukaran barisan kepimpinan Umno Kelantan juga mungkin akan mengundang masalah baru seandainya mereka yang digugurkan itu tidak berpuas hati keputusan pucuk pimpinan parti.
"Bagi PAS, rombakan yang bertalu-talu itu mencerminkan Umno amat lemah sekali...dan mungkin mencetuskan masalah baru kerana saya percaya mereka yang digugurkan itu akan ada perasaan tertentu juga...jadi bukan mudah...," tegasnya.
Mereka yang digugurkan itu adalah juga merupakan ketua-ketua Umno bahagian, iaitu Annuar (Peringat), Tuan Hashim (Kubang Krian) dan Ismail (Machang). Manakala Mat Nawawi adalah ketua Umno Tumpat, Alwi (timbalan ketua Umno peringat) dan Dr Awang (timbalan ketua Umno Bachok).

Are you sure you want to delete this comment?
This action cannot be undone.