Abim: Selesai isu SAR melalui mesyuwarah, bukan debat
Debat umum PAS-Umno berhubung isu sekolah agama rakyat (SAR) tidak akan dapat menyelesaikan masalah tersebut kerana masing-masing akan lebih menumpu kepada usaha untuk 'memenangi' debat berkenaan, daripada mencari jalan penyelesaiannya.
"Jalan terbaik ialah dengan membawa perkara ini ke meja perundingan dengan membabitkan semua pihak termasuk pendokong SAR bagi membincangkan sebab-sebab mengapa institusi itu perlukan perubahan," kata presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim), Ahmad Azam Abdul Rahman hari ini.
"Debat seumpama itu tidak akan menyelesaikan masalah ini. Apa yang akan dibincangkan kelak ialah siapa yang menang dan siapa yang menjadi hero, apatah lagi apabila ia membabitkan dua parti politik yang ingin menjadi juara isu-isu yang membabitkan orang Melayu," katanya.
Sebelum ini, Timbalan Dewan Pemuda PAS, Salahuddin Ayub dan Menteri Pembangunan Usahawan, Datuk Nazri Abdul Aziz telah bersetuju untuk mengadakan debat umum berhubung isu SAR.

Lebih banyak salahsangka
Jawatankuasa teknikal yang mewakil Salahuddin dan Nazri mencadangkan debat umum itu diadakan pada 16 Feb depan bertempat di Dewan Tunku Canselor, Universiti Malaya.
Kedua-dua belah pihak juga dilaporkan bersetuju untuk melantik Prof Diraja Engku Aziz untuk mempengerusikan debat berkenaan.
Mengulas lanjut mengenainya, Azam berkata: "Abim tidak setuju dengan pendekatan ini kerana ia akan membawa kepada lebih banyak salahsangka, salahfaham dan menajamkan lagi permusuhan antara orang Melayu."
"Mesyuawarah itu hendaklah turut melibatkan pakar-pakar dan pejuang-pejuang yang membincangkan isu ini secara terus terang, dengan melihat kepada pro dan kontra SAR." tegasnya.
Ditanya mengenai usaha parti PAS dan Gerakan Bertindak Umat Selamatkan Sekolah Agama Rakyat (Gegar) menghantar memorandum kepada Majlis Raja-Raja Melayu untuk menyelesaikan isu SAR, Azam berkata:
"Sesiapa sahaja boleh mengadu kepada Raja-raja kerana ia adalah hak rakyat untuk berbuat demikian. Kita harap Raja-raja dapat memberi nasihat dan pandangan ke arah menyelesaikan isu ini".