Jais tutup surau di 'kubu kuat PAS'
Kira-kira 500 penduduk di Seksyen 4, Bandar Baru Bangi, Selangor membantah tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) menutup sebuah surau di situ petang tadi kerana dikatakan menjadi 'kubu kuat' PAS.
Manakala ketua pemuda PAS Hulu Langat, Khairuddin Othman, yang juga merupakan peguam yang dilantik penduduk di situ untuk berbincang dengan pihak berkuasa terbabit, turut ditahan dan dibawa ke balai polis Kajang untuk siasatan lanjut.
Sehubungan itu, penduduk di situ telah mengadakan sembahyang hajat beramai-ramai petang tadi bertempat di padang berhampiran tempat kejadian sebagai membantah tindakan Jais itu.
Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Kajang, Dr Shafie Abu Bakar, kira-kira 100 pegawai Jais dan kakitangan Majlis Perbandaran Kajang (MPKj), serta anggota polis tiba di masjid itu selepas sembahyang Zohor.
Surau yang terletak di tingkat bawah Blok A4 rumah pangsa di situ dibuka pada tahun 1990, dan kemudiannya dibenarkan oleh JAIS pada 1995 untuk mengadakan sembahyang Jumaat.
Dr Shafie percaya tindakan itu dibuat atas 'tekanan politik" kerana surau berkenaan memang dikenali sebagai kubu kuat PAS.

Berunding, ditahan
"Kutbah Jumaat yang dibaca di sini sentiasa mendapat sambutan hebat daripada penduduk tempatan dan kawasan sekitarnya," tegas beliau ketika dihubungi malaysiakini petang ini.
Menurutnya lagi, pihaknya memanggil Khairuddin ke tempat kejadian kira-kira jam 3 petang tadi bagi mewakili penduduk di situ berunding dengan pihak penguatkuasa Jais, MPKJ dan polis berhubung tindakan meruntuhkan dinding ( partition ) dan merampas barang-barang di surau berkenaan.
Sementara itu, Khairuddin, ketika dihubungi di balai polis Kajang, berkata apabila tiba di tempat kejadian, beliau telah meminta pegawai Jais supaya menunjukkan surat arahan untuk merobohkan surau terbabit.
"Kalau benar adalah arahan tersebut, kita akan benarkan. Tetapi apabila dia memberi surat kepada kita, saya memberitahu pegawai berkenaan bahawa kandungan surat itu tidak menyebut mengenai arahan untuk merobohkan surau terbabit.
"Malah timbalan pengarah Jais sendiri mengakui tidak ada perkataan roboh tertulis di dalam surat berkenaan," tambahnya.
Katanya, apabila memberitahu yang dia adalah peguam yang dilantik mewakili penduduk di situ berhubung perkara berkenaan, Khairuddin ditahan sebelum dibawa ke balai polis Kajang.
Sehingga petang ini, Khairuddin masih berada di balai polis Kajang menunggu untuk memberi keterangan berhubung kejadian itu.
Sementara itu, Parti Rakyat Malaysia dalam satu kenyataan membantah sekeras-kerasnya tindakan menutup surau tersebut.
"Kami menuntut supaya pihak berkuasa memberi penjelasan mengapakah ia dilakukan. Kezaliman seperti ini tidak harus berlaku dan hendaklah jangan berulang," kata presiden PRM Syed Husin Ali.