Aktivis reformasi sertai perhimpunan di Bukit Jalil
Kira-kira 10,000 aktivis reformasi yang mewakili pelbagai badan bukan kerajaan dan parti politik akan turut menyertai Perhimpunan Raksasa Aman Malaysia di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 23 Februari ini, bertujuan menentang hasrat Amerika Syarikat menyerang Iraq.
Menurut Exco Pemuda Keadilan, Badrul Hisham Shaharin, penyertaan aktivis reformasi itu selaras dengan jemputan terbuka Umno kepada semua pihak, termasuk pembangkang untuk turut serta perhimpunan itu.anjuran Perikatan Keamanan Rakyat Malaysia (Aman Malaysia)
Katanya, aktivis reformasi Malaysia menerima jemputan Pemuda Umno yang menjadi penggerak utama gerakan Aman Malaysia itu.
"Sehubungan itu satu perjumpaan aktivis reformasi akan diadakan esok untuk menyatakan sokongan gerakan reformasi kepada gerakan Aman Malaysia," katanya.
Beliau memberitahu malaysiakini , pihaknya bersedia menghadiri perhimpunan itu bagi menyatakan pendirian mereka bahawa keamanan itu perlu disertai dengan keadilan.
"Kita akan turun seramai kira-kira 10,000 orang. Tengoklah sama ada boleh masuk atau tidak. Kalau tidak boleh masuk, bermakna mereka menipu. Kalau boleh masuk, kita akan suarakan bahawa tekanan politik perlu diselesaikan sebelum bercakap mengenai keamanan," tegasnya.

Anti perang
Sementara itu, Gabungan Anti Perang Malaysia akan mengadakan perhimpunan aman bagi membantah tindakan Amerika dan sekutunya untuk menyerang Iraq pada Sabtu ini kira-kira jam 11 pagi.
Ia akan diadakan di hadapan Kedutaan Amerika di Kuala Lumpur, serentak dengan
perhimpunan yang berlangsung di 60 negara di seluruh dunia.
Menurut Badrul Hisham, Pemuda Keadilan menyokong perhimpunan itu yang akan diadakan di hadapan kedutaan Amerika di Kuala Lumpur, sambil menyeru rakyat Malaysia yang mencintai keamanan supaya turut menghadirinya.
Katanya, kira-kira 16 pertubuhan NGO dan parti politik termasuk Suaram, PAS, Parti Rakyat Malaysia, Keadilan dan DAP akan turut menyertai perhimpunan itu.
"Peperangan hanya akan menambah penderitaan dan pembunuhan lebih ramai orang yang tidak berdosa. Amerika dan sekutunya tidak boleh sewenang-wenangnya mencabul hak kedaulatan mana-mana negara atas apa alasan sekalipun," tegasnya lagi.
Pada masa yang sama, katanya, Pemuda Keadilan juga menyeru kerajaan Iraq pimpinan Saddam Hussein supaya bersikap lebih demokratik dan tidak terlalu menekan pembangkang di negara itu.
Sembahyang hajat
"Jangan jadikan isu perang ini sebagai satu cara untuk mengukuhkan kuasa dan terus menekan pembangkang di Iraq. Kami ingin menyatakan rasa simpati kami dengan penderitaan pejuang keadilan dan hak asasi di Iraq," tegas Badrul Hisham.
Sementara itu, Dewan Pemuda PAS Pusat mengutuk keras tindakan dan hasrat Amerika untuk menyerang Iraq sehingga menimbulkan rasa tidak selesa di kalangan umat Islam yang sedang mengerjakan haji di Makkah.
Sehubungan itu, katanya Sekretariant Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) perlu mengadakan segera sidang khas ketua-ketua negara OIC bagi mengambil ketetapan membentuk pakatan ketenteraan negara OIC bagi membantu Iraq menghadapi serangan Amerika.
Oleh itu, Pemuda PAS mengajak seluruh umat Islam bersama memohon kepada Allah supaya menyelamatkan rakyat dan bumi Iraq serta masyarakat dunia keseluruhannya.
"Ini kerana kesan peperangan akan dirasai bukan sahaja oleh rakyat Iraq tetapi seluruh dunia sama ada di segi ekonomi, politik dan pembangunan secara keseluruhannya," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
"Kami menyeru seluruh umat Islam untuk melaksanakan solat hajat serentak di setiap masjid di seluruh negara pada 14 Februari selepas solat Jumaat," tambahnya.

Are you sure you want to delete this comment?
This action cannot be undone.