Kehadiran aktivis reformasi dialu-alukan
Pihak penganjur Aman Malaysia berbesar hati dengan kesediaan aktivis reformasi untuk turut sama menjayakan perhimpunan menentang peperangan Amerika keatas Iraq di Stadium Bukit Jalil pada 23 Feb depan.
Pengerusinya, Zulkifli Alwi berkata ini selaras asas penubuhan Aman Malaysia yang terbuka kepada pertubuhan dan individu di Malaysia tanpa mengira latarbelakang, termasuk fahaman politik dan platform perjuangan mereka.
Sebelum ini, jurucakap aktivis reformasi, Badrul Hisham Shaharin berkata sekurang-kurangnya 10,000 aktivis reformasi akan turut menyertai perhimpunan Aman Malaysia di Bukit Jalil itu.
Katanya, ini kerana perjuangan aktivis reformasi bukan sahaja terhadap politik semata-mata, tetapi juga turut menyokong usaha mana-mana untuk menjalan keamanan di dunia.

Oleh itu, kata Badrul Hisham pihak penganjur perhimpunan itu tidak perlu meragui kehadiran aktivis reformasi yang turut mahu menyatakan sokogan terhadap usaha menjamin keamanan di dunia ini.
Mengulas lanjut, Zulkifli yang juga penolong setiausaha Pemuda Umno, berkata perjuangan Aman Malaysia ialah keamanan sejagat dan ia termasuk perhimpunan keamanan pada 23 Feb depan di Stadium Bukit Jalil.
Parti politik
Ditanya reaksi beliau sekiranya ada pihak yang menghadiri perhimpunan itu dengan membawa sepanduk dan memakai baju dengan logo parti-parti politik masing-masing, beliau berkata:
"Ia terbuka kepada semua termasuklah pertubuhan politik. Namun demikian, ianya merupkan forum keamanan, dan bukannya forum politik. Oleh itu, terserahkan kepada mereka masing-masing.
"Kalau boleh, kita tentu tidak menggalakkan sebarang penonjolan parti-parti politik kerana, ingin saya tekankan bahawa Aman Malaysia bukan politik, bukan partisan dan bukan kerajaan."
Seramai 200,000 orang dijangka menghadiri perhimpunan itu yang akan dirasmikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad.
Selain itu, kempen untuk mendapatkan satu juta tandatangan bagi membantah hasrat Amerika Syarikat untuk menyerangkan Iraq, juga sedang berjalan.
Sementara itu, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), aktivis reformasi dan parti-parti politik, terutama dari pembangkang, akan mengadakan perhimpunan di hadapan Kedutaan Amerika di Kuala Lumpur Sabtu ini sebagai membantah serangan ke atas Iraq.
Ianya akan diadakan serentak dengan perhimpunan yang sama yang akan berlangsung di sekurang-kurangnya 300 bandaraya oleh mereka yang memperjuangkan keamanan sejagat.