Calon pilihanraya: MT dapatkan pandangan ahli akar umbi Umno di K'tan dan T'ganu
Majlis Tertinggi Umno akan mengambil kira terlebih dahulu pandangan ahli akar umbi Umno di Kelantan dan Terengganu sebelum memutuskan kewajaran cadangan supaya dinamakan lebih awal calon pilihanraya umum, termasuk calon jawatan Menteri Besar Kelantan dan Terengganu.
Naib Presiden Umno Tan Sri Muhammad Muhd Taib, yang ditugaskan mengkaji cadangan itu, akan menemui penyokong akar umbi di kedua-dua negeri itu bagi mendapatkan pandangan mereka.
Keputusan mengarahkan Muhd Taib untuk mengkaji cadangan ini dibuat oleh Presiden Umno, Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad dalam mesyuarat pengurusan Umno baru-baru ini.
Menurut Muhd Taib, Majlis Tertinggi Umno perlu mengambilkira pandangan ahli-ahli umbi Umno kerana ia amat penting dalam menentukan kemenangan parti itu di Kelantan dan Terangganu.
Beliau yang juga timbalan pengerusi Umno Selangor, berkata pihaknya tidak diberikan tempoh masa tertentu untuk menyiapkan kajian itu.

Katanya, kajian dan analisis secara terperinci mengenainya akan diserahkan kepada Majlis Tertinggi untuk membuat keputusan muktamat mengenainya.
"Biarlah saya menemui penyokong akar umbi di kedua-dua negeri berkenaan untuk mendapatkan pandangan mereka," katanya kepada malaysiakini hari ini.
Unik
Isu ini dicetuskan oleh Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan, Datuk Mustapa Mohamed yang berpendapat langkah itu akan memudahkan kerja-kerja calon untuk merancang dan berkempen sejak awal lagi.
Difahamkan, cadangan itu adalah sebahagian daripada usaha Umno Kelantan dan Terengganu untuk merampas semula kedua-dua negeri itu daripada PAS.
Kelantan dikuasai PAS selepas pilihanraya umum 1990 manakala Umno kehilangan Terengganu, juga kepada PAS, dalam pilihanraya umum 1999.
Bagaimanapun, beberapa pemimpin tertinggi Umno menyifatkan cadangan itu mempunyai kesan positif dan negatif sekiranya dilaksanakan.
Oleh itu, Naib Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak dilaporkan berkata, Umno akan mengkaji kebaikan dan keburukan dalam mengumumkan lebih awal calon pilihanraya, termasuk calon bagi jawatan Menteri Besar Kelantan dan Terengganu.
Menurut Najib, perkara tersebut perlu dikaji kerana langkah untuk berbuat demikian mempunyai kelebihan dan kekurangannya kepada parti.
Setiausaha agung Umno, Datuk Seri Khalil Yaakob juga sependapat dengan Najib, sambil menegaskan kajian tersebut penting memandangkan senario politik di kedua-dua negeri itu memerlukan pendekatan khusus bagi mengelakkan berlakunya sebarang persaingan tidak sihat.
Menurutnya, ramai ahli Umno di Kelantan berpendapat sekiranya mereka kenal atau dibayangkan sedikit mengenai calon pilihanraya umum nanti, akan memudahkan mereka memberi tumpuan kempen dalam menghadapi pilihanraya umum akan datang.

Are you sure you want to delete this comment?
This action cannot be undone.