Ada usaha halang aktivis reformasi sertai perhimpunan Aman Malaysia
Pemuda Keadilan kesal dengan tindakan beberapa laman web pro-Umno yang menyiarkan kenyataan yang dianggapnya keterlaluan dan berunsur fitnah terhadap aktivis reformasi berhubung hasrat mereka untuk menyertai perhimpunan Aman Malaysia di Stadium Bukit Jalil Ahad ini.
Ketua penerangannya, Badrul Hisham Shaharin kesal kerana kenyataan kumpulan aktivis reformasi untuk turut menyertai perhimpunan itu dipandang sebagai "satu ancaman yang merosakkan agenda politik mereka".
"Tindakan dan niat aktivis reformasi untuk bersama menyatakan suara keamanan itu telah difitnah sebagai pencetus keganasan yang bakal berlaku," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Semalam, laman web Umno Reform telah menyiarkan berita bertajuk 'Pertembungan "Umno dan kumpulan Reformasi" di Stadium Bukit Jalil 23-02-2003'.
Dalam laporannya, laman web itu menyebut sedikit provokasi sudah cukup untuk mewujudkan suasana tegang yang agak membimbangkan di perhimpunan itu nanti kerana mendakwa kumpulan reformasi sikap aggresif.
Umno Reform mendakwa, yang terbaru yang menurutnya membabitkan aktivis reformasi ialah insiden sewaku penutupan tol Jalan Kucing baru-baru yang nyaris menyebabkan berlaku pergaduhan, sehingga pihak MCA membuat laporan polis mengenainya.

Nafi
Laman web yang sama juga menyiarkan berita bertajuk "Wartawan Malaysiakini memaklumkan: Gerakan Reformasi tidak ikhlas menyertai Perhimpunan Stadium Bukit Jalil anjuran Aman Malaysia".
Laporan itu menyebut seorang wartawan malaysiakini , telah memaklumkan kepada wartawan UR bahawa tujuan Gerakan Reformasi menghadiri perhimpunan itu ialah untuk melaungkan reformasi dan mendesak keadilan dalam negara dan bukan untuk desakan anti perang dan membantah serangan Amerika tehadap Iraq.
Kedua-dua laporan yang sama itu, kemudiannya diterbitkan semula laman web Kelab Maya Umno (KMU) yang juga pro-Umno.
Bagaimanapun, dalam e-mailnya kepada editor KMU dan Umno Reform, jabatan pengarang malaysiakini menafikan laporan itu.
Menurut Badrul Hisham lagi, perkembangan akhir-akhir ini telah memperlihatkan isu keamanan telah dijadikan bahan politik Umno dan Barisan Nasional (BN).
"Seketeriat Aman Malaysia yang ditunjangi Pemuda Umno tidak henti-henti mencabar pembangkang untuk menyertai mereka, walaupun hakikatnya tiada sebarang jemputan diberikan kepada parti pembangkang, kecuali pemuda Keadilan yang dihubungi melalui panggilan telefon sahaja," katanya.
Tercalar
Bagaimanapun, tegas Badrul Hisham, Pemuda Umno menjadi gelabah dan ketrampilan pergerakan itu sebagai wira keamanan dunia telah tercalar apabila sekumpulan aktivis gerakan reformasi menyambut cabaran itu dan bersedia menghadiri perhimpunan itu Ahad ini.
"(Datuk Seri) Mohd Khir Toyo yang sebelum itu dipetik dalam laman rasmi Pemuda Umno sebagai berkata semua pertubuhan dijemput termasuk pembangkang menyertai perhimpunan 100 ribu Aman Malaysia. Malah tambah beliau semua pertubuhan dibenarkan membawa bendera dan sepanduk yang menggambarkan suara pertubuhan yang mereka wakili," tegasnya.
Bagaimanapun, tegasnya, selepas cabaran itu disambut oleh aktivis reformasi, penyelaras seketeriat Aman Malaysia, Zulkifli Alwi dilaporkan dalam media perdana Ahad lalu bahawa semua pertubuhan tidak boleh membawa bendera atau sepanduk sendiri, kecuali yang disediakan oleh Aman Malaysia.
Pemuda Keadilan juga kesal dengan tindakan Aman Malaysia yang tidak menyertai masyarakat dunia pada 14 Feb lalu, membantah rancangan Amerika dan sekutunya untuk menyerang Iraq yang dianjurkan oleh Gabungan Anti Perang Sedunia.
Ia mendapat sambutan 11.5 juta rakyat dunia dan lebih 400 bandaraya dunia menyertainya.
Malah, kata Badrul Hisham, tindakan membuat perhimpunan berasingan di KLCC atas nama Aman Malaysia, dilihat sebagai cubaan mengasingkan diri dari arus dunia dan mempunyai niat politik tertentu.

Are you sure you want to delete this comment?
This action cannot be undone.