Mustafa belum sahut cabaran Nazri
Menteri Pembangunan Usahawan Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz akan menghantar surat jemputan rasmi kepada ahli exco Terengganu Datuk Mustafa Ali selepas naib presiden PAS itu tidak menyahut cabaran Nazri untuk berdebat mengenai penutupan dua Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) di Terengganu ( gambar ).
"Kita telah memberi maklumat kepadanya sewaktu berhubung dengan beliau secara lisan. Sehingga ini kita belum mendapat apa-apa jawapan," kata ketua setiausaha sulit Nazri, Shamsul Anuar Nasarah.
"Oleh itu, kita akan menghantar surat rasmi kepada Datuk Mustafa dalam masa terdekat ini kerana Datuk Nazri mahu debat itu menjadi kenyataan," kata beliau yang juga ketua Pemuda Umno bahagian Chenderoh, Perak.
Pada 19 Feb lalu, Nazri mencabar Mustafa berdebat mengenai isu penutupan MRSM di Besut dan Dungun berikutan dakwaan Mustafa yang Nazri berbuat demikian sebagai membalas dendam terhadap pengerusi Felda, Tan Sri Dr Yusof Noor, yang juga bekas menteri pembangunan usahawan.

Dakwaan itu terkandung dalam ceramah Mustafa (
kanan
) yang dirakam dalam VCD di bawah tajuk 'Dendam Lama Datuk Nazri'.
Berikutan itu, Nazri ( kiri ), yang juga ahli Majlis Tertinggi Umno dan ahli Parlimen Chenderoh, telah mencabar Mustafa supaya berdebat dengan beliau berhubung dakwaan itu.
Nazri sebelum ini dilaporkan berkata penutupan kedua-dua MRSM itu, yang ditubuhkan bersama Yayasan Terengganu, adalah berikutan keengganan kerajaan negeri itu mengurangkan kuota bagi kemasukan pelajar dari Terengganu.
Tidak berani
Sebelum itu, pada 16 Feb lalu, Nazri telah berdebat dengan timbalan ketua Pemuda PAS pusat, Salahuddin Ayob di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) berhubung isu sekolah agama rakyat (SAR).
Mengulas lanjut mengenainya, Shamsul berkata, pihaknya kesal dengan tindakan PAS yang mendakwa dalam siri ceramah parti yang Salahuddin menang dalam debat dengan Nazri mengenai isu SAR.
"Bagi kita, mesej sudah disampaikan kepada pihak PAS...caranya tak penting. Bagaimanapun, bagi PAS, parti itu tidak melihat dari segi itu, tetapi ia melihat Salahuddin pandai bercakap...jadi ianya satu kemenangan baginya.
"Kita juga mendapat maklumat yang PAS mengatur ceramah untuk membangkitkan isu debat itu, kononnya Umno kalah...Datuk Nazri tidak hormati majlis kerana cara beliau berpakaian...," tegas Shamsul.
Malah, kata Shamsul, pihaknya dimaklumkan yang dalam ceramah mereka, PAS mendakwa Nazri tidak berani debat itu diadakan di markas PAS di Taman Melewar, Kuala Lumpur.
"Pada hal, urusan untuk mengadakannya di DBP dibuat oleh pihak Pemuda PAS sendiri...boleh semak siapa yang menghantar surat kepada DBP meminta supaya debat itu diadakan di sana. Sebaliknya, Datuk Nazri telahpun menyatakan dia sanggup walaupun debat itu diadakan di Taman Melewar...," tambahnya.

Are you sure you want to delete this comment?
This action cannot be undone.