Kongsi hasil minyak: Pemuda PAS buat laporan polis
Dewan Pemuda PAS Terengganu hari ini membuat laporan polis terhadap Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Shafie Salleh berhubung kenyataannya bahawa kerajaan pusat sedang mengkaji bagi membolehkan semua negeri menikmati faedah hasil minyak Terengganu.
Dalam laporan itu, ketua Pemuda PAS Terengganu, Muhyidin Abdul Rashid menggesa pihak polis menyiasat kenyataan berkenaan yang didakwanya bersifat menghina mahkamah dan menghina undang-undang negara ini.
Katanya, ini kerana kerajaan Terengganu telah menfailkan saman terhadap kerajaan pusat dan Petronas berhubung penafian pemberian hak royalti kerajaan Terengganu dan kes tersebut masih lagi belum diputuskan oleh mana-mana mahkamah di Malaysia.
Oleh itu, katanya, semua pihak adalah ditegah untuk membuat sebarang kenyataan berhubung dengan royalti dan dana khas.

Selain itu, katanya, Perjanjian Royalti Petroleum bertarikh 22 Mac 1975 di antara Kerajaan Terengganu dan Petronas, juga antara lain, menyebut, khususnya terma 1, bahawa perbadanan itu hendaklah membayar royalti sebanyak lima peratus dari hasil minyak kepada kerajaan negeri.
Berikutan itu, katanya, tiada pihak boleh mempertikaikan kesahihan perjanjian tersebut melainkan mahkamah atau Parlimen memutuskan sebaliknya.
Tidak sensitif
Shafie dilaporkan membuat kenyataan itu selepas merasmikan persidangan perwakilan cawangan Umno secara berkelompok di Sekolah Kebangsaan Manir, Kuala Terengganu pada 4 Mac lalu.
Kata timbalan menteri itu, ini kerana penemuan telaga minyak yang jauh dari persisiran pantai Terengganu membolehkan ia diisytiharkan sebagai milik kerajaan pusat.
Kenyataan beliau itu disiarkan dalam akhbar Berita Harian pada keesokannya
Muhyidin, ketika dihubungi malaysiakini , mengesahkan beliau membuat laporan polis itu bagi pihak Dewan Pemuda PAS Terengganu, di balai polis Kuala Terengganu pada jam 11.20 pagi ini.
Dalam laporan itu lagi, beliau, yang juga ahli parlimen kawasan Hulu Terengganu, mendakwa timbalan menteri kewangan itu tidak menghormati sensitivi dan emosi rakyat Terengganu yang telah menikmati hasil royalti minyak sejak bertahun-tahun lamanya.
"Sekiranya kenyataan seumpama itu dibiarkan tanpa diambil sebarang tindakan, Dewan Pemuda PAS negeri percaya ia boleh menimbulkan rasa tidak senang di kalangan rakyat tanpa mengira fahaman politik, keturunan dan agama dalam isu ini, dan sekaligus menjejaskan semangat federalisme," tambahnya.