JJ: Valuecap tidak kaitan dengan pilihanraya
Menteri Kewangan Kedua Datuk Jamaluddin Jarjis memberitahu Dewan Rakyat hari ini bahawa syarikat dana pelaburan, Valuecap Sdn Bhd bukan ditubuhkan untuk mengambil alih atau menyelamatkan sebarang syarikat yang disenaraikan di Bursa Saham Kuala Lumpur (BSKL).
Katanya, ini kerana Valuecap dilarang untuk memiliki lebih 5 peratus saham dalam sesebuah syarikat yang dilaburkannya.
Setakat ini, katanya, hanya sejumlah kecil atau sepuluh peratus daripada dana Valuecap yang berjumlah RM10 bilion telah digunakan.
Menteri Kewangan Kedua Datuk Jamaluddin Jarjis memberitahu Dewan Rakyat hari ini bahawa syarikat dana pelaburan, Valuecap Sdn Bhd bukan ditubuhkan untuk mengambil alih atau menyelamatkan sebarang syarikat yang disenaraikan di Bursa Saham Kuala Lumpur (BSKL).
Katanya, ini kerana Valuecap dilarang untuk memiliki lebih 5 peratus saham dalam sesebuah syarikat yang dilaburkannya.
Setakat ini, katanya, hanya sejumlah kecil atau sepuluh peratus daripada dana Valuecap yang berjumlah RM10 bilion telah digunakan.
"Peranan Valuecap telah dijadikan satu isu politik, kononnya bakal digunakan untuk tujuan 'menyelamatkan' atau untuk tujuan menghadapi pilihanraya.
"Dakwaan ini sama sekali tidak berasas. Kerajaan memberi publisiti mengenai penubuhan Valuecap supaya ia tidak menjadi tohmahan. Ini bukti 'ketelusan' tindak-tanduk kerajaan," katanya.
Menurut Jamaluddin, Valuecap yang ditubuhkan bersama oleh tiga badan Khazanah Nasional Berhad, Kumpulan Wang Amanah Pencen (KWAP) dan Permodalan Nasional Berhad (PNB) membeli saham dari pasaran dan bukannya individu.
Pengurus dana asing
"Pilihanraya atau tidak, kita sekarang mempunyai satu lagi peserta tambahan dalam pasaran. Salah satu cara untuk mempunyai pasaran saham yang sihat ialah mempunyai banyak peserta yang melabur," tambahnya.
Beliau menegaskan demikain ketika menjawab soalan Datuk Ahmad Husni Mohd Hanadzlah (BN-Tambun) yang meminta Jamaluddin menyatakan rasional penubuhan Valuecap dalam membentuk nilai kepada Pemegang Saham, BSKL dan Ekonomi Negara.
Selain itu, beliau juga ingin tahu apakah pendekatan-pendekatan baru yang dirancang kerajaan dalam memperkukuhkan BSKL.
Menurut Jamaluddin lagi.bagi memastikan keberkesan Valuecap, ia mempunyai lembaga pengarah dan jawatankuasa pelaburan yang berasingan dan profesional, serta pengurus pelaburan yang mempunyai rekod prestasi cemerlang.
"Penubuhan Valuecap sejajar dengan usaha kerajaan mempromosikan pasaran saham yang lebih cekap dengan peningkatan bilangan pelabur institusi yang lebih besar, yang mana dapat mencerminkan nilai sebenar saham di pasaran.
"Pelaburan Valuecap berpandukan falsafah pelaburan jangka panjang. Ia hanya memberi arah pada pasaran. Ianya tidak sama sekali mahu mengambil alih atau meminggirkan peranan pengurus dana asing," tegas Jamaluddin.
Jawapan bertulis
Beliau yakin penyertaan Valuecap dijangka dapat menyuntik dana institusi tambahan dan seterusnya meningkatkan kecairan di pasaran.
"Ia dijangka dapat membantu menambah minat, keyakinan dan aktivisi pasaran," tambahnya.
Sebelum ini, Jamaluddin ditegur oleh Dr Tan Seng Giaw (DAP-Kepong) kerana mendakwa jawapan menteri kewangan kedua itu tidak menyentuh perkara-perkara lain yang dibangkitkan dalam 13 soalan mengenai Valuecap yang dikemukakan kepadanya.
Antaranya ialah mengenai pengalaman negara-negara lain yang sudahpun menubuhkan syarikat seumpama itu, dan berapa lama kewujudan Valuecap sebelum ianya dibubarkan.
Menjawab perkara itu, Jamaluddin berkata beliau akan menjawab kemudian, perkara-perkara lain yang dibangkitkan mengenai Valuecap secara bertulis.

