Endon lancar kempen monogami dibangkitkan di Dewan Rakyat
Kehadiran isteri Pemangku Perdana Menteri, Datin Seri Endon Mahmod melancarkan kempen monogami bertemakan 'satu suami satu isteri' anjuran 12 pertubuhan wanita Ahad lalu dibangkitkan di Dewan Rakyat hari ini.
Ahli Parlimen PAS dari Yan, Nasharuddin Mat Isa berkata kehadiran Endon itu telah menimbulkan kekeliruan kerana hari ini pihak media melaporkan yang ada mufti berpendapat kempen berkenaan tidak selari dengan hukum berpoligami yang diharuskan dalam Islam.
Malah, katanya, Penasihat Agama kepada Perdana Menteri, Tan Sri Dr Abdul Hamid Othman sendiri, ketika mengulas perkara itu, berkata ia perlu dirujuk kepada pemerintah dan ulama berhubung hukum syarak seperti keharusan poligami.
Pertubuhan itu bergabung menganjurkan kempen berkenaan selepas tercetus kontroversi poligami apabila Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim menjemput lelaki Islam ke negeri itu untuk berpoligami tanpa memerlukan persetujuan isteri pertama.

Antara pertubuhan terbabit ialah Sisters in Islam, Persatuan Bertindak Wanita (Awam), Persatuan Isteri dan Keluarga Polis (Perkep), Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam (Puspanita) dan Persekutuan Pertubuhan-Pertubuhan Wanita Malaysia (NCWO), Persatuan Pekerja Wanita (PERWNIS), Wanita Perkim Kebangsaan dan Wanita Inovatif Jayadiri (Wijadi).
Jemputan
Nasharuddin juga ingin tahu sama ada Kementerian Pembangunan Wanita dan Keluarga, juga turut terlibat dalam kempen tersebut. Perkara yang sama juga ditimbulkan oleh Datuk Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar (BN-Larut).
Menjawab soalan itu, menteri berkenaan, Datuk Shahrizat Abdul Jalil, berkata kementeriannya tidak terbabit dalam kempen tersebut.
"Dari segi semangatnya, kita mahu institusi kekeluargaan dihormati. Mereka yang tidak mampu berpoligami, biarlah mengamalkan monogami," tegasnya.
Mengenai kehadiran Endon merasmikan kempen tersebut, Shahrizat berpendapat beliau (Endon) mungkin berbuat demikian kerana menghormati jemputan untuk beliau merasmikannya.
Lagi pula, katanya, kemungkinan jemputan itu dibuat berdasarkan latarbelakang kehidupan keluarga Endon yang penuh kebahagian sejak lebih 40 tahun yang lalu.
Tidak wajar
Pengarah Eksekutif Sisters in Islam, Zainah Anwar yang mewakili gabungan itu memberitahu pemberita selepas perasmian kempen itu semalam bahawa pihaknya akan mencadangkan agar isteri yang tidak sanggup dimadukan, diberi hak membuat pilihan mendapatkan perceraian melalui taklik bagi mengelak berlakunya penindasan dan ketidakadilan kepada isteri pertama.
Mufti Perlis, Datuk Mat Jahaya Hussin dilaporkan hari ini sebagai kempen berkenaan tidak selari dengan hukum berpoligami yang diharuskan dalam Islam.
Katanya, pemerintah boleh mengemas kini urusan poligami dari semasa ke semasa supaya amalannya tidak menimbulkan masalah tetapi perkara pokok, iaitu keharusan lelaki berkahwin lebih tidak boleh dipertikaikan.
Mengenai cadangan memberi pilihan kepada isteri yang tidak rela dimadu untuk memohon cerai menerusi taklik, Mat Jahaya berkata, perkara itu perlu dibincangkan lanjut oleh ulama.
Manakala Dr Abdul Hamid pula berkata, perkara berkaitan dengan hukum syarak tidak wajar dibahaskan secara emosi, sebaliknya perlu bersandarkan kepada dalil al-Quran.
Katanya, perkara seperti ini perlu dirujuk kepada ulama kerana ia sebahagian daripada sistem di negara ini, katanya.

Are you sure you want to delete this comment?
This action cannot be undone.