DAP: Awasi kemungkinan salahguna kuasa di DBKL
Ahli Parlimen DAP dari Seputeh Teresa Kok melahirkan kebimbangannya mengenai kemungkinan berlakunya penyalahgunaan kuasa berikutan perlantikan seorang pemimpin Umno dari Wilayah Persekutuan sebagai menteri yang bertanggungjawab ke atas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).
Menteri yang dimaksudkan oleh Teresa ialah ialah Datuk Tengku Adnan Tengku Mansor yang juga merupakan pengerusi Badan Perhubungan Umno Wilayah Persekutuan.
Tengku Adnan yang juga setiausaha kerja Umno Pusat dan ketua Umno bahagian Seputeh, yang hadir pada persidangan hari ini, kelihatan tersenyum sewaktu Teresa membangkitkan perkara itu.

Teresa bimbang kedudukan pemimpin Umno itu sebagai menteri yang bertanggungjawab ke atas DBKL boleh mendorong berlakunya penyalahgunaan kuasa kerana beliau (menteri) mengetahui mengenai maklumat penting dalam dewan bandaraya itu.
Tengku Adnan (
kiri
) dilantik sebagai menteri di jabatan perdana menteri bulan November lalu.
Tambah Teresa, kalau perkara ini tidak diberi perhatian, DBKL boleh menjadi "pejabat Umno".
Bagaimanapun, ucapan Teresa diganggu oleh beberapa penyokong kerajaan, ketika beliau mendakwa kawasan Seputeh kini dipenuhi dengan bendera Umno yang dipasang di kawasan terbabit.
Beliau kemudiannya bertanya apakah perbezaan kuasa di antara menteri berkenaan, Datuk Bandar dan ketua pengarah DBKL.
Belanjawan
Ketika menjawab soalan tersebut, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tengku Datuk Seri Azlan Sultan Abu Bakar berkata, setiap pihak terbabit mengetahui bidang kuasa masing-masing.
"Menteri terbabit akan mengadakan sidang lepas kabinet setiap hari Khamis yang turut dihadiri datuk bandar dan ketua pengarah DBKL untuk membincangkan masalah yang dihadapi penduduk Kuala Lumpur.
"Setiap masalah yang dihadapi wargakota akan dibincangkan bersama oleh menteri, datuk bandar dan ketua pengarah ... ia bukannya keputusan seorang sahaja," tambahnya.
Sebelum itu, ahli Parlimen DAP dari Kepong Dr Tan Seng Giaw (
gambar
) bangun memberitahu dewan bahawa tidak seperti sebelumnya, sejak Datuk Tengku Adnan dilantik menjaga DBKL, beliau (Tan) tidak lagi menerima salinan Belanjawan dewan bandaraya itu.
"Salinan belanjawan itu penting untuk kita mengetahui maklumat terperinci mengenai setiap rancangan dan perbelanjaan yang dibuat," tegasnya.
Sehubungan itu, beliau membangkit soal penyediaan pelan draf Kuala Lumpur oleh sebuah syarikat perunding, yang menurutnya membabitkan perbelanjaan sehingga RM5.8 juta.
Menurut Dr Tan, jumlah itu terlalu tinggi sedangkan menurut beliau, perbelanjaan itu tidak sepatutnya melebihi RM2 juta.

Are you sure you want to delete this comment?
This action cannot be undone.