Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
'Projek pendidikan seks menunggu dibaham kroni'
Diterbitkan:  Nov 18, 2010 11:29 AM
Dikemaskini: 3:34 AM

PAS mendakwa rancangan kerajaan melaksanakan pendidikan seks bermula di sekolah rendah pada tahun hadapan lebih sebenarnya lebih berorientasi perniagaan.

Ketua penerangannya Idris Ahmad mendakwa, parti Islam itu menganggap usaha itu lebih kepada "membela kroni Umno-BN" melalui projek percetakan buku dan alat bantu mengajar.

pas muktamar 130610 idris ahmad "PAS merasa pelik tindakan kerajaan yang memperkenalkan pendidikan seks dalam usia yang begitu muda, iaitu sejak sekolah rendah," katanya.

"Apa yang perlu diterapkan ialah bagaimana cara mengawal diri, adab pergaulan lelaki dan perempuan, akhlak dan cara berpakaian."

Menurut Idris ( kiri ), kerajaan sepatutnya mengawal gejala pembuangan bayi dengan menyekat punca punca pemzinaan seperti mengawal penyiaran televisyen, iklan, filem dan "majalah lucah".

Idris membandingkan langkah memperkenalkan pendidikan seks di sekolah rendah itu dengan Rakan Muda dan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) yang projek berkaitan didakwa diberikan kepada kroni.

"Kemudian mereka buat-buaaat bising mengenai pencapain pelajar dalam Bahsa Inggeris maka dikemukakan supaya pelajaran Metematik dan Sains diajar dalam Bahasa Inggeris. Lesap wang rakyat kepada kroni untuk (projektor) LCD dan notebook hampir RM6 bilion.

"Sekarang heboh pula buang bayi maka dikemukakan mata pelajaran seks. Sudah pastilah syarikat kroni sedang menunggu mangsa untuk membaham pula," kata Idris.

Sambil mempertikaikan keprihatinan pemimpin Umno dan BN terhadap isu akhlak, Idris terus menyindir kerajaan yang dalam masa sama bercadang mewujudkan hab hiburan malam.

"Bukankah ini idea Pak Pandir namanya. Ibarat tangan kanan meletak baja manakala tangan kiri meletak racun," tambah Idris.

ADS