Zainah: Wanita Umno juga sokong kempen monogami
Gabungan Hak Wanita Dalam Islam sedia bekerjasama dengan pihak polis jika ada pihak yang membuat aduan berhubung kempen monogami bertemakan 'satu suami satu isteri' yang dilancarkannya Ahad lalu.
Menurut Pengarah Eksekutif Sisters In Islam (SIS) Zainah Anwar, pihaknya memang menjangka kempen itu akan mendapat tentangan dari pihak-pihak tertentu.
Bagaimanapun, kata beliau, pihaknya bukan keseorangan dalam hal ini kerana kempen itu juga turut disokong Wanita Umno, Puteri Umno dan wanita daripada parti komponen Barisan Nasional (BN) serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang lain.
Gabungan Hak Wanita Dalam Islam sedia bekerjasama dengan pihak polis jika ada pihak yang membuat aduan berhubung kempen monogami bertemakan 'satu suami satu isteri' yang dilancarkannya Ahad lalu.
Menurut Pengarah Eksekutif Sisters In Islam (SIS) Zainah Anwar, pihaknya memang menjangka kempen itu akan mendapat tentangan dari pihak-pihak tertentu.
Bagaimanapun, kata beliau, pihaknya bukan keseorangan dalam hal ini kerana kempen itu juga turut disokong Wanita Umno, Puteri Umno dan wanita daripada parti komponen Barisan Nasional (BN) serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang lain.
"Mereka turut hadir di majlis pelancarannya oleh isteri Pemangku Perdana Menteri, Datin Seri Endon Mahmood. Malah, 29 wakil, termasuk dari Wanita Umno dan Puteri Umno naik ke pentas untuk menerima stiker kempen tersebut," tegasnya ketika dihubungi petang ini.
Melalui kempen itu, gabungan tersebut mencadangkan isteri di Malaysia diberi hak memohon cerai taklik di mahkamah atas dasar tidak sanggup berpoligami.
Dua belas pertubuhan wanita bergabung menganjurkan kempen berkenaan selepas tercetus kontroversi poligami apabila Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim menjemput lelaki Islam ke negeri itu untuk berpoligami tanpa memerlukan persetujuan isteri pertama.
Bantahan
Antara pertubuhan wanita yang menyertai gabungan itu ialah Sisters in Islam, Persatuan Bertindak Wanita (Awam), Persatuan Isteri dan Keluarga Polis (Perkep), Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam (Puspanita) dan Persekutuan Pertubuhan-Pertubuhan Wanita Malaysia (NCWO).
Persatuan lain yang turut serta ialah Persatuan Pekerja Wanita (PERWNIS), Wanita Perkim Kebangsaan, Wanita Inovatif Jayadiri (Wijadi), Wanita Ikram, Pusat Kesedaran Wanita (WCC), Pertubuhan Pertolongan Wanita (WAO) dan Women's Candidacy Initiative (WCI)
Bagaimanapun, pada hari berikutnya, para mufti di seluruh negara meminta supaya kempen tersebut dihentikan segera kerana ia bertentangan dengan hukum syarak dan boleh menjejaskan akidah umat Islam.
Kata mereka, jika perkara ini tidak ditegur, dibimbangi akan berlaku pula pelanggaran hukum-hukum lain hanya kerana kurang kefahaman kepada hukum syarak.
Mereka juga menyifatkan langkah 12 gabungan persatuan yang menjalankan kempen itu, Gabungan Hak Wanita Dalam Islam, sebagai bersifat emosional tanpa mendalami perkara-perkara yang ditetapkan dalam Islam.
Letak syarat
Walaupun timbul desas-desus bahawa ada pihak tertentu yang merancang untuk membuat laporan polis terhadap gabungan tersebut, Zainah berkata, pihaknya tidak mendapat sebarang maklumat mengenainya.
Malaysiakini
difahamkan sebuah pertubuhan dari utara tanahair merancang untuk membuat laporan itu di Kuala Lumpur. Bagaimanapun, pihak polis yang dihubungi memberitahu sehingga petang ini, pihaknya belum menerima sebarang aduan mengenai perkara itu.Menurut Zainah lagi, permintaan gabungan itu bukanlah sesuatu yang baru kerana kerana ia juga terkandung dalam memorandum yang pernah dihantar kepada pihak kerajaan pada tahun 1996.
Beliau berkata, pihaknya juga menyarankan agar kerajaan Persekutuan dengan kerjasama kerajaan negeri, menubuhkan satu sistem berkomputer yang menyimpan maklumat mengenai status pasangan yang sudah berkahwin.
"Ini juga bukannya sesuatu yang baru. Negara seperti Mesir, Jordan, Maghribi dan Iran membenarkan pasangan meletakkan syarat-syarat mereka sebelum perkahwinan,'' katanya.

